Ucapan Erdogan Kepada Tun Mahathir Baru Ni Buat Ramai Umat Islam Terpegun | Baru ni Tun Mahathir telah buat lawatan kerja ke negara Turki. Seluruh dunia Islam tersentuh dengan kenyataan Erdogan terhadap Tun Mahathir ketika ditemubual oleh wartawan. Allahu tak sangka. Baca selanjutnya.

ERDOGAN GEMENTAR JUMPA TUN MAHATHIR

Diterjemah dari berita Turki. “Tun Dr Mahathir adalah master sifu saya dalam dunia politik, saya amat gemuruh bila berhadapan dgn beliau, paling berprestij apabila dia bersama pasukannya berjaya menumbangkan sebuah parti kerajaan kleptokrasi pada Mei 2018. Ia adalah menakjubkan.

Mana-mana negara maju di dunia mahukan Dr Mahathir sebagai pemimpin negara, namun Allah anugerahkan beliau untuk berada di Malaysia dan terajui Malaysia. Suka saya maklumkan Tun Dr Mahathir adalah salah satu keajaiban dunia, beliau adalah benar-benar seorang lagenda yang masih hidup”

Recep Tayyip Erdogen
Presiden Turkey

27 Julai 2019 9:10 am
Ankara, Turkey

KESAN LAWATAN TUN MAHATHIR KE TURKI

KESAN lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad ke Turki memberi isyarat baharu buat negara-negara di Timur Tengah.

Mana tidaknya, Dr Mahathir dengan bangga menyifatkan lawatannya ke Turki kali ini amat luar biasa dan begitu bermakna kepada Malaysia.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga disambut mesra Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bagaikan ada agenda yang ingin dibincangkan.

Ketika sidang media bersama Presiden itu di Kompleks Istana Presiden, Dr Mahathir mahu Malaysia, Turki dan Pakistan mencari jalan mengembalikan kekuatan dan bina semula Tamadun Dunia Islam supaya tidak mudah diperlekehkan oleh sesiapa.

Trio negara ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan Tamadun Dunia Islam yang baharu dilihat mampu tercapai sekali gus membuatkan Amerika Syarikat (AS) panas.

Kesepakatan tiga negara dari Asia Tenggara, Eropah dan Asia Selatan ini juga mampu menangani masalah penduduk di Palestin, Rohingya dan Uighur.

Dr Mahathir menegaskan, sebelum mencapai matlamat itu, kesepakatan tiga negara itu harus diperkasakan melalui pendidikan, pertahanan dan ekonomi sebelum mereformasikan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) terlebih dahulu.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut baik gagasan Dr Mahathir itu menyifatkan perikatan tiga negara itu penting dalam menyuarakan pendirian.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, peranan tiga negara ini sangat besar bagi merealisasikan agenda seperti digariskan oleh OIC.

“Bagaimanapun, dengan badan payung OIC yang lemah sekarang, isu sentral seperti Palestin nampaknya tidak dapat diselesaikan.

Namun, adakah pelan mereformasikan OIC ini boleh membuatkan Arab Saudi dan Iran berdamai?

Pada Februari lalu, Presiden Iran, Hassan Rouhani mengesahkan Tehran sedia menjalinkan hubungan erat dengan semua negara di dalam Asia Barat selepas negara itu terbabit perang proksi dengan Arab Saudi.

Segalanya bermula apabila Iran mendakwa Arab Saudi melakukan serangan berterusan terhadap sekutunya di Yemen iaitu Houti sekali gus menafikan tuduhan Arab Saudi bahawa negara itu menghantar bantuan kewangan dan senjata kepada kumpulan yang memusuhi Riyadh di seluruh dunia.

Beliau berkata, demi memelihara keselamatan di Timur Tengah, negaranya bersedia bekerjasama dengan negara serantau untuk memelihara keselamatan di blok itu selepas menegaskan AS dan Israel mempunyai agenda untuk melihat perpecahan dalam kalangan rakyatnya.

Sedia maklum, Iran dan Arab Saudi menyokong pihak yang terbabit dalam perang di Syria dan Yemen dan pada masa sama, Presiden AS, Donald Trump mengalukan tindakan AS menarik diri daripada perjanjian nuklear dengan Iran dan kuasa dunia yang lain dan menarik balik sekatan terhadap Tehran.

Namun menurut Rouhani, cara AS itu tidak akan berjaya dan Iran tidak akan tunduk dengan tekanan AS kerana Tehran mencadangkan ia boleh mengambil tindakan ketenteraan di Teluk untuk menyekat eksport minyak negara lain sebagai balasan terhadap sekatan AS yang bertujuan menghentikan penjualan minyak mentahnya.

Bagi Arab Saudi pula, ketika ini negaranya sedang bersaing dengan Tehran untuk mengembangkan pengaruh di Asia Barat bagi mendapatkan sokongan dalam perang di Syria.

Buat Malaysia, hubungannya dengan Arab Saudi berkembang baik dalam aspek diplomatik, hubungan perdagangan dan pengajian agama malah negara itu mengekalkan kuota haji Malaysia sebanyak 30,200.

Berbalik kepada kehadiran Dr Mahathir di Turki, pemimpin dikagumi dunia itu berulang kali memuji pembangunan di negara tersebut.

Dr Mahathir juga melihat Turki boleh dijadikan landasan untuk Malaysia mengukuhkan hubungan ke Eropah dan sebagai balasan beliau menawarkan Malaysia sebagai pintu masuk utama ke ASEAN.

Faktor geopolitik tidak jadi halangan buat Malaysia kerana negara itu dan Turki adalah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Turki juga menjaga hubungan dengan Rusia dan China.

Buat Iran, tindakan Rusia dan China merupakan sekutu Malaysia berupaya mengatasi penguasaan AS.

Melihat kepada faktor dan pengaruh itu, Malaysia diyakini mampu mendamaikan pergolakan antara Arab Saudi dan Iran sekali gus usaha mereformasikan OIC akan tercapai.

Jika segalanya lancar, tidak mustahil pelan Malaysia, Turki dan Pakistan untuk melihat Tamadun Islam kembali sebagai kuasa besar digeruni oleh blok AS dan sekutunya akan menjadi kenyataan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply