12 Diplomat Russia Diusir Keluar Negara Kerana Dituduh Perisik. | Washington: Dituduh sebagai perisik, 12 diplomat Moscow daripada misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diarah meninggalkan negara berkenaan.

12 Diplomat Russia Diusir Keluar Negara Kerana Dituduh Perisik.

Susulan arahan itu, sebuah pesawat Rusia dibenarkan mendarat di lapangan terbang antarabangsa di sini semalam, untuk mengambil semua diplomat terbabit.

Untuk rekod, Amerika Syarikat (AS) menutup ruang udaranya kepada semua pesawat Russia selepas Moscow menyerang Ukraine.

Namun, pesawat Ilyushin Il-96 itu dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dan ia disahkan oleh portal FlightAware, yang mengesan semua pergerakan udara.

Jurucakap Jabatan Negara AS berkata, kerajaan AS meluluskan penerbangan yang ditempah kerajaan Russia, untuk membawa keluar wakil Rusia dalam Misi PBB yang disingkirkan.

“Kebenaran khas itu diberikan bagi memastikan anggota misi dari Rusia dan keluarga mereka, keluar dari AS mengikut tarikh ditetapkan,” katanya.

Isnin lalu, AS memaklumkan penyingkiran 12 anggota misi PBB dari Rusia sebelum 7 Mac dan pada Selasa, AS mengarahkan semua warga Rusia yang bertugas sebagai sekretariat PBB untuk keluar dari negara itu, atas alasan melakukan pengintipan.

Duta Rusia ke AS, Anatoli Antonov, menyifatkan penyingkiran itu sebagai langkah permusuhan terhadap Rusia dan menafikan sepenuhnya dakwaan AS.

Menurut sumber diplomatik Rusia, sekitar 100 individu terbabit sebagai anggota misi Rusia.

Sumber: HM

Share.

Leave A Reply