13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Batu Feringghi, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Batu Feringghi, sebuah pinggir bandar George Town di Pulau Pinang. Bandar ini berada di sepanjang pantai utara Pulau Pinang. Oleh itu, bandar ini adalah destinasi pelancongan yang popular sama ada pelancong dari dalam negeri atau luar negara dengan keindahannya. Selain tempat pelancongan, bandar ini juga mempunyai tempat makan yang best antaranya kafe.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Batu Feringghi, Pulau Pinang ini.

1. BIRU BIRU ON THE ISLAND – KAFE

Mencari kafe dengan suasana umpama berada di Maldives? Maka, Biru Biru On The Island adalah jawapannya. Biru Biru On The Island atau Biru Biru ini adalah salah satu kafe yang cukup popular dalam kalangan penduduk setempat dan juga di platform media social Tiktok kerana keindahan yang cukup memukau pandangan.  Sememangnya best lebih lebih untuk berhealing ataupun berootd. Bukan setakat itu sahaja, dekat sini terdapat banyak hidangan yang anda boleh dapatkan. Antaranya ialah Hawaiian Pizza, Nasi Lemak Ayam Berempah, Salted, Fuity Pancake, French Fries with Cheese dan banyak lagi. Nampak menarik, bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Biru Biru On The Island ini di 260, Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, 11100 Tanjung Bungah, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 8 pagi hingga 9 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-36194360.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/birubiruontheisland/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/birubiru.pg/

 

2. HALAACHEF – KAFE

Tiba tiba terasa lapar? Anda boleh cuba singgah di Halaächef ini. Halaächef adalah salah satu hidden kafe yang masih tak tahu lagi akan kehebatannya. Seiring dengan namanya, kafe ini menyajikan makanan 100% halal yang anda tak perlu risaukan lagi.  Anda pasti akan suka lebih lebih lagi anda seorang big eater kerana saiz portion disini cukup besar dan juga mengiurkan. Bukan setakat itu sahaja, suasana disini juga akan membuatkan anda seolah olah berada di dalam rumah. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi kafe ini di 72C-G-5, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Penang dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 04-8811951.

 

3. RUBIN MARDINI CAFE & RESTAURANT – KAFE

Tiba tiba tekak terasa nak makanan Turkish? Jangan risau, anda boleh ke Rubin Mardini Cafe & Restaurant ini. Kalau nak tahu Rubin Mardini Cafe & Restaurant ini adalah antara kafe Arab terbaik di Batu Feringghi ini. Kafe ini memperoleh sebanyak 4.7 bintang di Google Review. Apa yang menarik dekat sini adalah terdapat banyak pilihan menu yang anda ada boleh dapatkan seperti Falafel, Knafeh, Baklava dan banyak lagi. Pasti anda akan suka punya kerana kesemua menu disini cukup lazat hingga menjilat jari. Bukan setakat itu sahaja, perkhidmatan yang ditawarkan disini cukup peramah dan suasana disini pun yang cukup menenangkan, bersih dan selesa. Jadi, boleh lah plan bersama tersayang atau kawan kawan untuk makan disini. Memang terbaik!

Lokasi ini di 591 Jalan Batu Ferringhi Batu Ferringhi, 11100 George Town, Pulau Pinang dan dibuka pada hari Isnin pada 9 pagi hingga 5 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-11217378.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rubin.mardini/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rubin.mardini/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Batu Feringghi ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Batu Feringghi ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply