13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Butterworth, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Butterworth adalah sebuah bandar terbesar di daerah Seberang Perai. Nama Butterworth atau Bagan ini diambil sempena nama Kolonel William John Butterworth iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat. Bandar ini disambung dengan Jambatan Pulau Pinang dan feri dari atau ke Pulau Pinang. Bandar ini amatlah popular dengan daya tarikan lebih-lebih lagi tempat makan yang best seperti kafe.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Butterworth, Pulau Pinang ini.

 

1. TINGKAP KOPI – KAFE

Tiba tiba terasa nak makan Pastri dan juga Kopi? Jangan risau, anda boleh cuba singgah di Tingkap Kopi ini. Kalau nak tahu, Tingkap Kopi adalah sebuah hidden kafe yang masih ramai tak tahu lagi. Walaupun kafe ini tidak sebesarnya seperti yang lain tapi ia mampu memberikan kepuasan yang setara. Anda pasti akan suka punya kerana terdapat banyak pilihan yang anda boleh dapatkan. Antaranya ialah Salted Caramel Latte, Plain Croissant, Chocolate Sauce, Pain Au Chocolat, Croissant Chocolate Croissant, Whip Cream dan banyak lagi. Kualiti hidangan disini dijamin dan ditambahkan pula harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Kafe ini amat lah untuk anda berehat ataupun mengisi masa bersama tersayang ataupun kawan kawan. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Tingkap Kopi ini di Lot 756-D, Sungai Lokan, Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 8:30 pagi hingga 12:30 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 04-3580554.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/TingkapKopi/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/tingkap_kopi/

 

2. DAILY COFFEE – KAFE

Anda lapar tapi tak tahu nak makan mana? Kalau anda ada berdekatan area sini, boleh lah cuba singgah di Daily Coffee ini. Untuk pengetahuan anda, Daily Coffee adalah salah satu kafe yang agak popular dalam kalangan penduduk. Dekat sini, mereka ada menyediakan bermacam macam jenis menu yang anda boleh cuba tidak kira makanan Local ataupun Western. Memang akan rambang mata punya lah. Bukan setakat itu saja, suasana disini juga cukup menenangkan. Memang sesuai lah untuk anda merehatkan diri sambil menikmati masakan disini. Tak percaya? Anda boleh cuba datang dan rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi Daily Coffee ini di 24, Jalan Cantek, Off, Jalan Raja Uda, Business City Centre, 13400 Butterworth, Penang dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 12 tengah malam.

BUSINESS PAGE: https://www.dailycoffee.com.my/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dailycoffeemalaysia/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dailycoffeemalaysia/

 

3. ROZYKOZZY CAFE & BISTRO – KAFE

Masih ragu ragu dengan kafe diatas? Jangan risau, keraguan anda boleh diatasi di RozyLozzy Cafe & Bistro ini. RozyKozzy Cafe adalah sebuah kafe yang juga menjadi pilihan dalam penduduk setempat untuk makan bersama seisi keluarga dan kawan kawan. Dikatakan makanan dan persembahannya masih antara yang terbaik di Butterworth ini. Bukan sahaja sedap mata memandang tetapi sedap juga dirasa. Memang best! Rata rata pengunjung disini pun memberikan reaksi dan feedback positif terhadap kafe ini. Harga yang ditawarkan pun cukup berbaloi dengan portion yang dihidangkan. Selamat mencuba!

Lokasi RozyKozzy Cafe & Bistro ini di 1594, P129, 13400 Butterworth, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 11:30 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-6379236.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Rozykozzy/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rozykozzy/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Butterworth ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Butterworth ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply