13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Kulim, Kedah | Khalifah Media Networks – Kulim adalah sebuah bandar ketiga terbesar di negeri Kedah yang berhampiran dengan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bandar ini ada banyak tempat makan yang menarik untuk dikunjungi seperti kafe.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Kulim, Kedah ini.
1. AYDEN’S COFFEE & CO – KAFE
Ayden’s Coffee & Co adalah sebuah kafe kecil di tengah bandar Kulim. Anda pasti akan menyukainya kerana pengalaman kulinari disini sangat luar biasa dengan menu lazat yang bakal memenuhi cita rasa anda. Setiap suapan pasti membuatkan anda terpegun hingga ia mampu mempamerkan kepakaran chef dan komitmen terhadap bahan bahan yang berkualiti. Perkhidmatan disini juga terbaik dari segi kecekapan dan profesional. Nampak menarik, bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi kafe ini di Jalan Raya, Kulim, 09000 Kulim, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 10 pagi hingga 7 petang.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/aydenscoffee/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/aydens_coffee/
2. ANGGERIK.KOPI – KAFE
Inginkan hidangan yang dapat memuaskan hati? Anggerik.Kopi adalah tempat yang tepat untuk anda. Kalau nak tahu, Anggerik.Kopi adalah sebuah hidden kafe yang berada di kawasan perumahan. Dekat sini, terdapat pelbagai jenis kopi yang anda boleh dapatkan. Antaranya AK Salted Caramel, Espersso Shots, Creamy Chocolate dan banyak lagi. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga ada menyediakan pastri dan makanan berat untuk anda cuba. Sememangnya sedap. Harga pun cukup mampu milik. Kalau anda ada disini, jangan segan silu untuk cuba singgah dan makan disini.
Lokasi Anggerik.Kopi ini di 54, lorong 3, Taman Anggerik, 09000 Kulim, Kedah dan dibuka pada hari Isnin hingga Khamis pada7 pagi hingga 7 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-2406785
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/anggerik.kopi/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/anggerik.kopi/
3. CINTA KOPPI BY PAK LONG – KAFE
Anda seorang Coffee Lover? Anda boleh cuba singgah di Cinta Koppi By Pak Long ini. Cinta Koppi By Pak Long adalah sebuah kafe yang menarik untuk kunjungi lebih lebih lagi bagi peminat kopi. Dikatakan aroma kopi cukup menawan dan rasanya pun cukup sedap. Bermacam macam jenis kopi yang anda boleh dapatkan. Memang terbaik. Kalau perut anda tiba tiba lapar, boleh lah dapatkan Smoked Beef Bagel. Sememangnya lazat. Ramai yang telah mencubanya. Tak percaya? Anda boleh cuba sendiri pengalamannya.
Lokasi ini di 6, Jln Selasih, Taman Semarak, 09000 Kulim, Kedah dan dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis pada 7 pagi hingga 8 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 04-7441323.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/cintakoppi/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/cintakoppi/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Kulim ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kulim ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!