13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Padang Serai, Kedah | Khalifah Media Networks – Padang Serai adalah sebuah banda kecil yang berada di daerah Kulim. Walaupun bandar ini tidak besar seperti bandar yang lain tetapi siapa sangka, bandar kecil ini dimanfaatkan dengan kewujudan kafe yang menarik untuk dikunjungi.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Padang Serai, Kedah ini.
1. HANTU CAFE PADANG SERAI – KAFE
Ini bukan sebarang hantu tapi hantu ini bakal menghantui anda dengan keunikkannya. Hantu Cafe Padang Serai adalah salah satu kafe viral di Padang Serai ini. Dikatakan dekat sini, mereka bukan sahaja menyediakan kopi tetapi bermacam macam jenis hidangan yang boleh dapatkan. Antaranya ialah Nasik Dagang Tok Deng, Set Tomyam Hantu, Chicken Chop Aglio dan banyak lagi. Kafe ini amat lah sesuai bagi anda yang ingin makan bersama seisi keluarga atau pun bersantai bersama kawan. Harga, suasana dan perkhidmatan disini cukup murah, bersih, selesa dan pantas. Memang best lah orang kata. Tak percaya? Anda boleh cuba singgah disini dan rasai pengalamannya.
Lokasi Hantu 1572 Jalan Sewai Wangi 13/6 Taman Serai Wangi II, Padang Serai, 09400 Kulim, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 010-5105180.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/hantucafepadangserai/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/hantucafe_ps/
2. TOK HERY COFFE – KAFE
Inginkan tempat untuk bersantai di Padang Serai ini? Jangan risau, anda boleh ke Tok Hery Coffee ini. Kalau nak tahu, Tok Herry Cafe adalah salah satu port yang best untuk anda menenangkan diri disini. Kafe ini mempunyai vibes retro dan chill. Memang menarik. Sambil sambil anda berehat, anda boleh lah cuba beberapa menu disini. Antaranya ialah Nasi Lemak Chicken Chop, Salted Caramel Katte, Iced Tea Teh Tarik, Toasted Garlic Bread dan banyak lagi. Pasti anda akan suka punya lebih lebih lagi portion disini cukup banyak, memang sesuai lah untuk seorang big eater. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi kafe ini di 1014, K811, Kampung Naga Lilit, 09400 Padang Serai, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Isnin hingga Khamis dibuka pada 5 petang hingga 11 malam manakala Sabtu dan Ahad dibuka pada 9 pagi hinga 12 tengah hari dan dibuka semula pada 5 petang hingga 11 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Tok-herry-coffee-Naga-Lilit-100084574864207/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/tokherycoffee/
3. THE MEMORY CAFE – KAFE
Masih ragu ragu? Jangan risau, anda boleh cuba singgah di The Memory Cafe pula. The Memory Cafe ialah sebuah kafe viral dan menarik untuk anda. Dikatakan dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti Salted Egg Chicken Rice, Aglio Olio Kambing Grill, Nasi Goreng Kambing Grill, Nasi Goreng Chicken Grill dan banyak lagi. Pasti anda akan berpuas punya lah. Harga yang terjual disini pun cukup murah, memang berbaloi lah kalau makan secara beramai ramai. Nampak menarik bukan? Boleh anda cuba rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi ini di 78A, Jalan Lagenda 2/1, 09400 Padang Serai, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 3 petang hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-4885374.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/The-Memory-Cafe-100076218651282/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Kulim ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Padang Serai ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!