13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Parit Buntar, Perak | Khalifah Media Networks – Parit Buntar adalah sebuah bandar kecil dan paling utara di Perak, Malaysia. Bandar unik ini dikenali sebagai Rice Bowl of Perak kerana memiliki antara kawasan sawah pada yang terluas disitu. Bukan setakat itu sahaja, bandar ini juga mempunyai tempat menarik untuk bersantai santai yang anda boleh kunjungi.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Parit Buntar, Perak ini.
1. CTRL+C – KAFE
Kalau anda ada di Parit Buntar, jangan segan silu untuk singgah di Ctrl+C ini. Kalau nak tahu, Ctrl+C adalah salah satu hidden gem yang masih ramai tak tahu akan kelazatan kopi disini. Rata rata penggunjung disini memberikan feedback positif dan mengesyorkan kepada orang ramai untuk mencubanya. Dekat sini, anda boleh dapatkan kopi dan bersantai santai bersama kawan anda. Memang best lagi lagi suasana disini sangat menenangkan, sedap mata memandang dan selesa. Tak percaya? Cuba rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi Ctrl+C ini di 121, Jalan Menteri, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 11 pagi hingga 8 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-4723086.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/ctrl.c.my/
2. KOPI TENA – KAFE
Walaupun Kopitena ini kecil tapi siapa sangka, Kopitena ini mampu memberikan pengalaman terbaik seperti kafe yang lain. Kopitena adalah juga hidden gem yang wajib anda cuba. Kafe ini amat lat sesuai untuk anda yang ingin merehatkan diri selepas perjalanan panjang ataupun ingin bersantai santai bersama kawan kawan anda. Dekat sini, anda boleh dapatkan banyak jenis minuman dan makanan. Antaranya ialah Signature Kopitena Coffee, Pavlova, Creampuff, Caramel Machiato dan banyak lagi. Semestinya akan memuaskan hati anda. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi Kopi Tena ini di Jln Sempadan, Kampung Sungai Setar, 34200 Parit Buntar, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5 petang hingga 10:30 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-4136727.
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kopitena
3. MOCHA CAFE – KAFE
Anda lapar tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, anda boleh ke Mocha Cafe ini. Mocha Cafe adalah sebuah cafe yang menghidangkan pelbagai menu yang menarik untuk anda cuba. Semestinya anda akan suka punya. Antara menunya ialah Maggi Tomyam, Mocha Creme Brulee, Aglio Olio Spaghetti, Spaghetti Tomyam, Nasi Lemak dan banyak lagi. Nampak menarik bukan? Harga yang ditawarkan pun cukup berbaloi dengan portion yang dihidangkan. Jadi sambil sambil menikmati hidangan, boleh lah menikmati suasana yang cukup tenang disini. Memang terbaik!
Lokasi Mocha Cafe ini di 44 Jalan Temenggong, Taman Krian Tamb 6, Pusat Bandar Baru, 34200 Parit Buntar, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 4 petang hingga 11 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mochacafepb/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Parit Buntar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Parit Buntar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!