13 Tempat Makan Best Arab Di Petaling Jaya, Selangor | Petaling Jaya, atau PJ, ialah sebuah bandar yang terletak di negeri Selangor, Malaysia, dan merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan Klang Valley. PJ ialah satu daripada bandar yang paling pesat membangun di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam bidang perniagaan, perumahan, dan pendidikan.

Dekat sini, banyak makanan yang menarik boleh didapati. Khalifah Media Networks ada buat senarai ini. Tak tahu nak makan apa di Petaling jaya? Di bawah adalah 13 tempat makan best untuk anda cuba di Petaling Jaya yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan yang pelbagai, direka khas untuk puaskan selera anda.

 

1. ARABICA RESTAURANT – MAKANAN ARAB

Restoran Arabica ni adalah restoran yang paling famous di Petaling Jaya. Rata-rata penduduk Petaling Jaya tahu restoran ni. Famous dengan makanan arab mereka yang memang sedap dan padu. Dia punyak nikmat kalau dapat rasa kebab dan set talam mereka, akan buat korang teringat-ingat dan repeat lah. Memang korang wajib cuba makanan dekat sini.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di G10-Cova Square, Jalan Teknologi, Kota Damansara, PJU 5, Taman Sains Selangor, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 1.45 pagi. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel:  011-6077 2422.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Arabicamy

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/arabicamy/

YOUTUBE CHANNEL: https://www.youtube.com/channel/UC05mYASroZHSFGTtZsWelXQ

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@arabicarestaurant

 

2. ARAB PALACE RESTAURANT – MAKANAN ARAB

Bagi penggemar makanan arab ini juga salah satu restoran yang korang wajib singgah kalau korang datang ke Petaling Jaya. Yang mana craving atau memang nak cari makanan arab boleh datang sini. Portion yang mereka bagi memang banyak sangat.Harga pon okay lah dengan portion yang banyak tu. Kawasan restoran yang luas dan selesa, sesuai untuk korang bawa family yang ramai.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 24g, Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 1.30 pagi. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 03-5611 6624.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/arabpalace2018/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/arabpalace2018/

 

3. DAR AL-ARAB GOURMET – MAKANAN ARAB

Rumah bagi hati dan pengalaman Makanan Arab yang Penuh Jiwa.  Restoran pemenang Anugerah Emas Makanan Arab Terbaik di bandar, di mana anda dapat nikmati hidangan makanan arab di Petaling Jaya Pilihan mereka gunakan bahan-bahan yang segar dan bahan import untuk sediakan hidangan yang lazat di Dar Al-Arab.

Tawarkan pengalaman makanan yang autentik dan persekitaran yang selesa. Bersantailah dengan muzik Timur, rileks dengan pelbagai rasa shisha. Dar Al-Arab, tempat seperti rumah, datanglah untuk rasai dan bersantai.

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di LG2.123, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Subang Jaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 03-5633 9222.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/daralarabsunway/

 

4. AYN ZAM ZAM – MAKANAN ARAB

Restoran ini juga famous dengan makanan arab dan timur tengah yang ada menu dan resepi rahsia mereka sendiri. Telah dibuka sejak dahulu lagi, famous di kalangan penduduk di Petaling Jaya. Antara menu yang ada dekat sini ialah nasi arab mandy, kebab, shawarma, hummus, baklava, kunafa, dolma dan banyak lagi korang boleh cuba dekat sini. Jangan lupa datang tau..

Ingin kunjung ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini di 62-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/22, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 9.45 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 03-6142 6851.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/aynzamzamkd/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/aynzamzam/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best makanan arab di kawasan Petaling Jaya ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply