13 Tempat Makan Best Arab Di Alor Setar, Kedah | Alor Setar adalah syurga makanan untuk korang yang suka food hunting. Banyak kedai dan gerai yang best-best dan viral dibuka di Alor Setar yang boleh korang kunjung kalau korang datang ke Alor Setar. Korang pasti pening nak pilih kedai mana untuk cuba.

Bagi yang suka food hunting cari port makan yang best, viral korang boleh datang ke sini dan menikmati pelbagai hidangan yang mereka tawarkan. Teringin nak cuba makanan yang menarik di Alor Setar tapi tak tahu dekat mana? Berikut kami Khalifah Media Networks kongsi senarai 13 tempat makan best untuk anda cari makanan arab di Alor Setar, Kedah.

 

1. NASI ARAB PUJI – MAKANAN ARAB

Ini adalah the best restoran Arabic dekat Alor Setar. Servis mereka yang mantap dan memuaskan,staff yang ramah dan baik. Kalau korang nak tahu restoran mereka, siap baca Al Qur’an lagi. Boss pun ramah dan sangat  friendly. Harga pun okay, takdela mahal. Rm 12 untuk kambing dan rm10 untuk ayam.

Either yang nak cuba nasi arab kambing or ayam. Paling puas hati makan nasi arab sini. Murah berbanding tempat lain. Lepastu sup, air ais kosong dan air asam unlimited. Ambik la sebanyak mana pun nak. Memang korang wajib singgah kalau korang pergi ke Alor Setar.

Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di NO 15, Jalan Kompleks Perniagaan Jelatek, JALAN LANGGAR, 05460 Alor Setar, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 11.30 pagi hingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 019-471 1162.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasiarabPUJIofficial/

 

2. DHUBAI – MAKANAN ARAB

Ini juga salah satu restoran makanan arab yang hot dan viral dekat media sosial sekarang. Konsep restoran mereka yang mewah dan nampak eksklusif, Fuhhh.. Memang sangat cantik dan tenang lah. Restoran ini sangat sesuai kalau nak buat event atau sambut birthday, anniversary dan lain-lain lagi. Harganya agak mahal sedikit berbanding restoran makanan arab yang lain. Tetapi menu makanan arab diorang memang semua sedap-sedap belaka.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di D1, First Floor, Taman Hidayah, Taman Andalas 9, 05350 Alor Setar, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 3  petang hingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 010-849 0319.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@dhubaibyabutaha

 

3. CHEF FAEZ – MAKANAN ARAB

Chef faez ini juga popular di kalangan penduduk di Alor Setar ni. Pemilik restoran ini adalah orang arab dan semua menu dekat sini memang original dimasak oleh orang arab. Memang sangat sedap.

Antara yang korang boleh dapat ialah yang jadi bestseller ialah shawarma ayam, daging dan kebab, kunafa, kebab, nasi mandy ayam, kambing dan daging. Makanan lain pon banyak lagi korang boleh cuba. Parking pon banyak dan dekat dengan mall CMart dan kedai makanan lain.

Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di Ground floor : S1 & S18, Lot 92, JALAN ISTANA KUNING, 05000 ALOR SETAR KEDAH Alor Setar, 05000 Kedah. Waktu operasi pada setiap hari  pada jam 10 pagi hingga 11 malam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel:  016-418 3401.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/chefmohammadfaez/

 

4. D’LAMAN AJWA NASI MEKAH – MAKANAN ARAB

Korang kalau nak try makanan arab yang ada jual makanan panas dan western jugak, korang boleh lah datang ke sini. Mereka ada sediakan menu lain bagi yang rasa variasi makanan. Nasi arab dekat sini agak popular. harga pon biasa je tak mahal sangat dan berbaloi lah untuk korang cuba. Boleh lah ajak family datang sini rasa makanan mereka.

Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di Lot 3864, KM 10, Kampung Titi Gajah, 06550 Alor Setar, Kedah. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada jam 5 petang hingga 11 malam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-533 9745.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best makanan arab di kawasan Alor Setar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply