13 Tempat Makan Best Sarapan Di Arau, Perlis | Arau merupakan sebuah bandar yang terletak di negeri Perlis, Malaysia. Perlis adalah negeri terkecil di Malaysia dan terletak di bahagian utara negara tersebut. Arau berfungsi sebagai ibu kota diraja Perlis dan dikenali kerana signifikansinya dari segi budaya dan sejarah. Selain terkenal dengan bandar diraja, Arau juga mempunyai banyak tempat makan yang best-best di sini yang boleh korang kunjungi.
Jika anda sedang mencari tempat makan yang best di Kangar tapi tak tahu dimana, Di sini kami kongsikan beberapa tempat makan best yang menarik untuk anda sarapan yang perlu di cuba di sekitar Arau, Perlis ini.
1. ARAU KOPI – SARAPAN
Arau kopi merupakan salah satu kedai sarapan pagi di Arau yang mendapat rating yang tinggi di Google. Rata-rata pengunjung yang datang juga memberi komen dan review mengatakan makanan yang disajikan oleh mereka sedap-sedap belaka. Antara menu yang terdapat di sini ialah nasi lemak ayam belacan, nasi lemak gulai ayam, nasi lemak sambal sotong, mee kari, lontong, roti bakar, roti titab dan tak lupa juga pelbagai jenis kopi ada di Arau Kopi ini. Bagi peminat kopi, anda wajib cuba diorang punya kopi, sangat sedap dan rasa kopinya yang kuat.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 136, Jalan Chin Ali, KUBANG GAJAH, 02600 Arau, Perlis. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-883 3451.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100083038636948
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/araukopiperlis/
2. WARUNG TERATAK BONDA – SARAPAN
Warung Teratak Bonda merupakan tempat sarapan pagi yang popular dan viral di Arau. Anda perlu cuba dan rasai suasana makan pagi yang sedap dan best di sana. Suasana di kedai ini akan membhatkan anda berasa seperti sarapan di rumah sendiri. Antara menu yang terdapat ialah nasi lemak, telur separuh masak, roti telur, roti bakar, teh tarik special dan banyak lagi. Harganya juga agak murah dan berbaloi.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 30, Persiaran Jubli Emas, Arau, 02600 Arau, Perlis. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7.45 pagi sehingga 11.59 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-251 4169.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063608167108
3. NASI DAGANG TERENGGANU (WARUNG SEEH) – SARAPAN
Bagi yang ingin mencuba atau yang suka sarapan dengan makanan pantai timur anda boleh cuba sarapan di kedai ini. Mereka menyajikan nasi dagang terengganu yang istimewa dan sangat sedap. Bagi yang tidak gemar dengan nasi dagang anda bolehlah mencuba menu sarapan lain seperti peknga, roti canai,roti telur dan sebagainya.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 3380, R137, Arau, 02600 Arau, Perlis. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-403 9060.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungseeh/?locale=ms_MY
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Arau ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !