13 Tempat Makan Best Sarapan Di Baling, Kedah | Baling, Kedah, bukan hanya menjadi tempat yang menarik dengan sejarah dan keunikan alamnya, tetapi juga tempat di mana anda boleh menikmati pengalaman sarapan yang tiada tandingannya. Mulakan hari anda dengan rasa yang segar dan lazat di beberapa destinasi terbaik untuk sarapan di Baling ini.

Jika anda berkunjung kesini bolehlah datang dan nikmati masakan disini. Perut lapar tapi tak tahu nak makan dimana? Berikut merupakan senarai tempat-tempat makan best untuk sarapan yang ada di Baling, Kedah.

 

1. TIPTOP CORNER ROTI CANAI – SARAPAN

Tiptop corner merupakan salah satu kedai sarapan pagi yang sangat popular di Baling, Kedah. Kedai ini menjadi kedai kegemaran penduduk Baling dan pengunjung yang datang ke Baling untuk sarapan. Menu yang terdapat di sini semuanya sedap-sedap belaka seperti roti canai sarang burung, salah satu menu yang laris di kedai mereka. Selain  itu, terdapat juga roti bakar telur separuh masak, roti canai banjir, teh ais melimpah dan banayk lagi.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di Bukit Puyuh, 09100 Baling, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 013-471 7670.

 

2. WARUNG MAT NOI ROTI BAKAR BALING ROUTE 67 – SARAPAN

Warung ini menyediakan pelbagai menu sarapan pagi yang sedap dan best-best. Lokasi warung ini terletak di route 67 dan kebanyakkannya rider selalu singgah dan sarapan di sini. Antara menu yang terdapat di warung ini ialah roti bakar kacang phool, yang merupakan menu popular di warung ini. Rata-rata pengunjung yang pernah singgah di warung ini “recommend” kepada orang luar untuk  mencuba roti bakar ini. Selain itu, terdapat juga set roti bakar yang lain seperti roti salut telur istimewa, roti bakar kaya dan banyak lagi.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di Baling, 09100 Baling, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis pada pukul 7 pagi sehingga 11.30 pagi. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 013-483 3217.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Route67WarungMatNoi/

 

3. MILAN ROTI CANAI SARANG BURUNG – SARAPAN 

Warung ini terletak bersebelahan dengan pasar besar Baling. Warung Milan roti canai sarang burung ini juga salah satu warung yang popular bagi pengunjung yang datang ke Baling. Roti sarang burung mereka yang popular dibuat dengan penuh rasa yang sedap dan bahan yang fresh-fresh. Selain roti sarang burung terdapat juga baby plate, lempeng kelapa, nasi lemak dan pelbagai lagi yang korang boleh cuba di sini.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di Baling, 09100 Baling, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 011-1055 0534.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/milanroticanaisarangburong/?locale=ms_MY

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Baling ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply