13 Tempat Makan Best Sarapan Di Jitra, Kedah | Jitra, sebuah bandar yang pesat membangun di Kedah, bukan hanya dikenali dengan keunikan sejarahnya, tetapi juga menjadi tumpuan bagi pelbagai destinasi makanan sarapan yang memikat. Mulakan pagi anda dengan hidangan sarapan yang lazat di beberapa lokasi terbaik di bandar ini.

Jika anda berkunjung kesini bolehlah datang dan nikmati masakan disini. Perut lapar tapi tak tahu nak makan dimana? Berikut merupakan senarai tempat-tempat makan best untuk sarapan yang ada di Jitra, Kedah.

 

1. ROTI CANAI PULAU PAK MUTALIB – SARAPAN

Keistimewaan roti canai di kedai ini ialah roti canainya dihidangkan dengan gulai daging gear box yang special. Terdapat banyak jenis roti canai yang terdapat di kedai ini seperti roti canai pulau, roti bakar telur leleh, roti pulau bawang, roti pulau telur, roti sarang burung dan pelbagai lagi menu roti yang perlu anda cuba di sini. Harganya sangatlah murah dan sangat berbaloi untuk korang datang ke sini.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di Pekan Jitra, 06000 Jitra, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 11.30 pagi. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 010-528 2821.

 

2. KOPITIAM KAMPUNG – SARAPAN

Suasana di Kopitiam Kampung adalah kombinasi antara nostalgia dan keselesaan. Penghiasan sederhana tetapi memikat menciptakan atmosfera yang hangat dan santai. Anda akan merasai aura kesejukan dan keramahan seolah-olah anda sedang berkumpul di kedai kopi kampung.

Antara menu yang terdapat di Kopitiam Kampung mencerminkan rasa tradisi dan kemewahan kampung. Dari nasi lemak yang beraroma hingga roti bakar dengan telur mata yang lazat, setiap hidangan menawarkan kenangan yang dapat membuatkan anda teringat-ingat akan makanan mereka. Anda juga dapat menikmati kuih tradisional dan minuman kopi yang pekat dan sedap.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 11.45 pagi. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 017-550 5441.

 

3. BACKYARD KITCHEN – SARAPAN

Backyard Kitchen terletak di Kampung Tok Keramat Jitra dan cafe ini berkonsepkan cafe Ala kampung. Kawasan dan suasana cafe amatlah tenang untuk korang yang ingin merasai sarapan pagi di kawasan ala kampung. Menu yang disajikan jugak banyak dan semua sedap-sedap belaka.

Antaranya ialah nasi lemak, roti bakar kaya, lempeng kelapa dengan sambal bilis, dan banyak lagi. Lempeng kelapa sambal bilis merupakan salah satu menu mereka yang popular. Rata-rata pengunjung yang datang akan memesan menu tersebut.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di  26, Jln. Murni 1, Kampung Tok Keramat, 06000 Jitra, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 8 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel:  017-409 8726 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/BackyardKitchenJitra?locale=ms_MY

 

4. PAK LANG ROTI CANAI – SARAPAN

Pak Lang roti canai ini juga merupakan salah satu port untuk korang sarapan sekiranya anda berada di Jitra. Mereka menyajikan roti canai yang lembut dan sedap. Roti canai kosong mereka sangatlah popular di kalangan penduduk di kawasan Jitra ini. Selain itu, mereka juga ada menyediakn menu lain seperti roti sarang burung, roti bakar kaya, roti bakar telur dan pelbagai lagi.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, lokasi kedai ini terletak di  Jalan Siswa 8, Taman Siswa 2, 06000 Jitra, Kedah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan anda boleh hubungi di no tel: 013-443 3102.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/paklangroticanaii/?locale=ms_MY

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Jitra ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply