Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

13 Tempat Makan Best Sarapan Di Kepala Batas, Pulau Pinang | Kepala batas juga membawa maksud bahagian depan batas sawah padi. Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi. Di Kepala Batas, anda boleh mencari beberapa tempat yang menyajikan sarapan pagi. Terdapat banyak port-port sarapan pagi yang korang tak tahu di Kepala Batas ni.

 

Jika anda sedang mencari tempat makan yang best di Kepala Batas tapi tak tahu dimana, Di sini dikongsikan beberapa tempat makan yang menarik untuk anda sarapan yang perlu anda cuba di sekitar Kepala Batas ini.

 

1. TOKBA KOPITIAM – SARAPAN

Tokba Kopitiam ialah sebuah kopitiam tradisional dengan sentuhan moden sedikit yang menyajikan kopi yang sedap dan makanan yang menarik dan dapat menarik pengunjung yang datang. Menu popular mereka ialah Nasi Ayam Signature, Nasi Goreng Ayam Tokba, Kuey Teow th’ng, Mee Kuah and Koey Teow th’ng, Nasi goreng, Signature Tokba Roti Bakar. Layanan dan pekerja mereka juga baik dan ramah semuanya. Harga jugak agak berbaloi dan murah.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 33, 11, Jalan Dagangan 3, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 010-909 9050 atau boleh terus email di tokbakopitiam@gmail.com.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tokbakopitiam/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/tokbakopitiam/

 

2. TERATAK WAN DIN – SARAPAN

Teratak Wan Din menyediakan sarapan pagi citarasa kampung yang pasti menyelerakan anda dan mebuat anda puas hati dengan harga mereka yang murah dan berbaloi. Antara menu yang popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung ialah mee kari, pek nga kelapa dengan gulai ikan, kuey teow goreng, roti sarang burung dan teh tarik. Mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis roti seperti roti bakar telur, roti canai, roti kaya dan pelbagai lagi. Tunggu apa lagi, ajak rakan-rakan dan keluarga anda datang ke sini untuk menikmati kesedapan makanan  sarapan pagi mereka.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 478, Kampung Permatang Bogak, 13100 Penaga, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 010-394 3001 atau boleh terus email di teratakwandin33@gmail.com.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@teratakwandin?fbclid=IwAR2aKPDJEhHSXpBuCYvqwsDblO9fnFOSKeovI74HxRZexin_kcZC5Vriudg

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100091668642460

 

3. PADDY CAFE & RESTAURANT – SARAPAN

Restoran sarapan pagi terletak betul-betul tepi sawah padi. Suasananya sangatlah tenang korang boleh breakfast saambil layan view yang cantik dan tenang. Menu sarapan di sini ialah berkonsepkan western dan ada juga nasi lemak di sini. Antara menu yang terdapat di sini ialah paddy breakfast set, paddy omelette, nasi lemak, bihun goreng, roti kaya dan mereka juga ada menyediakan makanan untuk tengah hari dan pelbagai jenis air minuman yang menarik. Sesiapa yang suka OOTD tu wajib datang ke sini lepastu makan sambil layan view. Perghh…

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di GC37+JJ, Kampung Permatang Bogak, 13100 Penaga, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 10 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  012-451 9465.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@paddycafe

 

4. NASI LEMAK NOORAZ – SARAPAN

Nasi Lemak Nooraz Bertam Putra ini dibuka sejak tahun 2009. Restoran ini sudah lama terkenal dengan nasi lemaknya yang menjadi pilihan utama pengunjung yang datang ke restoran mereka. Nasi lemak mereka disajikan dengan aneka pilihan lauk yang boleh korang pilih. Antaranya ialah ayam goreng, pelbagai jenis sambal, daging masak hitam, sotong kunyit dan pelbagai lagi. Selain nasi lemak, mereka juga ada menyajikan menu sarapan lain seperti roti bakar, roti telur dan roti canai.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di  7, Jalan Persiaran Seksyen 4/6, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-598 4432.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasilemaknoorazbertamputra/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Kepala Batas ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply