13 Tempat Makan Best Sarapan Di Kepong, Kuala Lumpur | Kepong ialah sebuah bandar di bahagian utara Kuala Lumpur, Malaysia. Nama ini adalah perkataan dalam bahasa Melayu yang bermaksud ‘Mengapit’ atau ‘Mengelilingi’, kerana bandar ini dikelilingi oleh rangkaian gunung. Di sini, terdapat banyak kedai makan yang menarik untuk anda breakfast sekiranya anda datang melawat Kepong.
Nak sarapan tapi tak tahu kat mana?Apa kata anda cuba berkunjung ke port-port breakfast di Kepong untuk mencuba makanan di sana. Tapi dimana nak cari tempat makan best tersebut? Berikut merupakan senarai beberapa port sarapan yang best di Kepong, Kuala Lumpur yang boleh anda singgah.
1. SUGARSALT KITCHEN – SARAPAN
Sugarsalt Kitchen merupakan port sarapan pagi yang tengah viral pada masa sekarang. Ramai pengunjung dari luar Kepong datang untuk mencuba menu sarapan pagi mereka. Antara menu yang popular dan ramai orag try ialah roti titab mereka. Roti Titab yang digandingkan dengan butter dan kaya. Sangat lembut dan sedap. Selain roti titab terdapat juga roti bakar, set breakfast, nasi lemak, roti telur separuh masak dan banyak lagi. Bagi yang nakbreakfast ringan-ringan je bolehla korang singgah ke sini untuk mencuba.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Taman Tasik Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur. Kedai ini beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 9 pagi sehingga 2 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh terus dm mereka di Instagram atau Tiktok mereka.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/sugarsaltkitchen/?hl=en
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@sugarsaltkitchen
2. RESTORAN O’DIN – SARAPAN
Restoran O’Din ini merupakan salah satu restoran sarapan pagi yang popular di Kepong, Kuala Lumpur ini. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini memuji masakan mereka dan mereka recommend tempat ini untuk sarapan. Menu yang bestseller di sini ialah lontong, mee rebus, soto dan roti canai. Perkhidmatan mereka juga telah di tambah baik. Staff mereka juga sangat mesra pelanggan dan mudah berurusan. Parking pon banyak dan senang cari kerana kawasan yang luas. Anda bole cuba untuk sarapan di sini dengan keluarga atau rakan-rakan.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan E 3/12, Taman Ehsan, 52100 Kuala Lumpur,. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 014-660 0458 atau boleh terus email di [email protected].
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoranodin/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/odinrestaurantandevenspace/
3. MOK TEH NASI DAGANG – SARAPAN
Mok Teh Nasi Dagang menyajikan sarapan autentik Pantai Timur (Terengganu) seperti nasi dagang, nasi lemak ikan aye, nasi minyak daging kuzi dan kuih akok. Restoran ini merupakan restoran yang memang viral bagi pengunjung yang nak sarapan makanan pantai timur, mereka pasti akan singgah ke sini. Restoran ini sangat ramai pada waktu pagi. Jadi korang yang nak datang, datanglah awal pagi. Datanglah beramai-ramai untuk merasai kesedapan nasi dagang mereka.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Villa Makmur Condominium, 3, Jalan Dutamas Raya, Taman Segambut Sppk, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8.30 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-299 7341.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/moktehnasidagang/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/moktehnasidagang/?hl=en
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Kepong ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !