empat13 Tempat Makan Best Sarapan Di Kuala Selangor, Selangor | Kuala Selangor terletak di pesisir barat Semenanjung Malaysia, di negeri Selangor. Ia terletak di mulut Sungai Selangor di mana sungai tersebut bertemu dengan Selat Malaka, yang merupakan akses ke Laut China Selatan. Kuala Selangor terkenal dengan makanan laut segar seperti ikan bakar dan makanan laut lainnya, serta memiliki banyak tempat bersejarah dan keindahan semula jadi yang menarik pengunjung.
Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Kuala Selangor? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Kuala Selangor, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.
1. WARUNG KETUPAT – SARAPAN
Warung Ketupat ini manyajikan sarapan pagi menu raya sepanjang masa. Ketupat yang sedap boleh dijamu setiap hari, bukan hanya dihari raya. Anda wajib singgah di sini untuk mencuba ketupat dengan sambal kacang lepastu kena dengan teh tarik sekali. Fuhh mantap.
Mereka menyajikan ketupat dengan rendang daging, kuah kacang, serunding kelapa dan satay kerang. Rendang ayam dan daging mereka sangat lembut dan juicy. Selain itu, terdapat banyak juga aneka kuih-muih di sini, antara yang popular ialah kuih bakar kemboja mereka. Our dessert is soft and tasty kuih bakar kemboja.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 2E-483, Kampung Permatang, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 10 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 013-303 4490.
2. DIMYATI ROTI CANAI PELANGI – SARAPAN
Warung ini merupakan salah satu warung roti canai yang sangat popular di Kuala Selangor. Tempat ini merupakan warung viral di media sosial. Warung ini berkkonsepkan layan diri dan mereka menyajikan roti canai pelangi, iaitu roti canai yang mempunyai 6 perisa dan warna yang berbeza. Antara perisa yang terdapat ialah perisa epal, jagung, keladi, strawberry, durian. Roti canai ini korang boleh pilih nak makan dengan kuah apa. Antara kuah yang ada ialah kuah kari daging, kari kambing dan kari ceker.
Rata-rata pengunjung yang datang memberi review yang snagat bagus dan best. Mereka recommend tempat ini sebagai salah satu port breakfast yang wajib korang cuba. Kawasan dan tempat parking mereka juga sangat luas dan lapang..
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, Kampung Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin dan Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-234 8627.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/roticanaipelangiofficial/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/roticanaipelangi/
3. WARUNG WAK SALIM – SARAPAN
Tempat yang sesuai untuk korang bawa family atau rakan-rakan korang untuk breakfast kat sini. Warung ini menyajikan pelbagai menu sarapan pagi kampung yang sedap dan menarik. Warungnya sangat bersih dan kemas. Antara menu popular di sini ialah roti canai dan roti sarang burung. Selain roti, mereka juga ada menyediakan menu lain seperti nasi lemak, goreng-goreng dan banyak lagi. Harganya juga rata-rata pengunjung mengatakan murah dan berpatutan.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Teluk Piah Kanan, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 017-642 8032.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Kuala Selangor ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !