13 Tempat Makan Best Sarapan Di Lumut, Perak | Salah satu tarikan utama Lumut adalah jeti feri yang menghubungkan bandar ini dengan Pulau Pangkor. Pulau Pangkor merupakan destinasi percutian yang popular dengan pantai-pantai yang cantik, aktiviti sukan air, dan suasana santai. Pelancong sering mengambil feri dari Lumut untuk melawat Pulau Pangkor. Disebabkan Lumut menjadi tempat tarikan utama pelancong ke Pulau Pangkor sudah pasti di sini terdapat banyak kedai makan yang best dan menarik yang korang boleh kunjung.

Sementara berehat di Lumut sebelum meneruskan perjalanan anda bolehlah mencari tempat untuk menjamu selera. Tapi dimana tempat makan yang best di Lumut? Berikut merupakan tempat makan yang best untuk anda sarapan di Lumut, Perak yang anda harus cuba.

 

1. LUMUT HOTSPOT – SARAPAN

Lumut hotspot terletak di trafic light siput lumut, dalam kawasan Nasir garage. Di sini, terdapat lebih 15 menu english breafast. Selain itu, air di sini adalah FREE refill dan PERCUMA cereal untuk kanak-kanak. Ini merupakan port sarapan pagi di tengah tengah bandar Lumut, Perak. Korang kalau nak breakfast lain dari yang biasa kena datang LUMUT HOTSPOT. Antara menu yang ada dekat sini ialah English Breakfast, Steak Breakfast, Nasi Lemak, Chicken chop, Pasta, Waffle, Burger, Salad, Sandwich dan banyak lagi…!!!!
Yang mana nak ke Pangkor, Teluk batik anda wajib singgah breakfast sini dulu.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Lot 6961, Kampung Tersusun Pundut, 32200 Lumut, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 0183557176.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LumutSeaport?locale=ms_MY

 

2. WARUNG IBU JALAN TELUK BATIK – SARAPAN

Warung ibu jalan teluk batik menjual makanan sarapan pagi dan tengahari. Antara menu special di sini ialah kari sembilang dan ikan-ikan yang dimasak segar. Menu sarapan pagi mereka sangatlah banyak dan kalau korang datang mesti rambang mata korang tak tahu nak makan yang mana satu. Harga makanan di sini sangat murah dan berbaloi dengan portion makanan yang korang ambil. Jadi datanglah beramai-ramai untuk merasai menu sarapan pagi dan tengahari mereka.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 32200 Lumut, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis pada pukul 7 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-449 3470.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100064273082018

 

3. ROTI CANAI ABANG MAD – SARAPAN

Warung roti canai abang mad ini terletak di tepi jeti perikanan pematang. Kalau anda ingin kunjung anda wajib datang awal pagi kalau korang taknak kena beratur. Warung ini sangat popular bagi pelancong yang datang ke Lumut. Roti canai Abang Mad menjadi menu hot dan popular di sini. Rata-rata pengunjung yang datang akan mencuba roti canai mereka.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jeti Perikanan Pematang, 32200 Lumut, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-1255 0429.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Lumut ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply