13 Tempat Makan Best Sarapan Di Masjid Tanah, Melaka | Sejarah Masjid Tanah mendapat nama sempena sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah pekan yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Nama asal adalah Pekan Sungai Baru sempena nama sebatang sungai iaitu sungai baru. Lokasi masjid tersebut dibina di tepi sungai itu dan terletak di dalam Pekan masjid Tanah.

Mereka yang suka food hunting tu boleh datang ke sini dan cuba pelbagai hidangan yang ditawarkan. Teringin nak mencuba sarapan best dan menarik dekat daerah Masjid Tanah tapi tak tahu kat mana? Berikut adalah senarai tempat makan best untuk anda sarapan dekat Masjid Tanah, Melaka.

 

1. WARUNG BUIH BUIH CINTA – SARAPAN

Warung ini merupakan salah satu warung breakfast yang popular dekat Masjid Tanah. Mereka sajikan pelbagai jenis menu sarapan pagi kat sini. Antara yang bestseller dekat sini adalah lontong, roti canai, lempeng pisang, nasi lemak daun pisang dan banyak lagi.

Harga makanan mereka sangatlah murah dengan portion yang diberikan. Korang kalau datang melawat Masjid Tanah boleh cuba singgah sini.

Merancang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Londang / Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang. Kalau anda ada soalan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 016-223 2402.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063592836135

 

2. KAKRO WARISAN CEYLON – SARAPAN

Kakro Warisan Ceylon ini adalah salah satu warung yang mendapat rating yang tinggi di Google dan pernah viral di media sosial dulu. Mereka menyajikan banyak menu sarapan pagi yang sedap dan menarik untuk anda. Warung mereka terkenal dengan  roti arab dan kari ceylon.

Kari yang pekat dan rasa rempah yang kuat membuatkan menu ini adalah menu bestseller kat warung mereka. Dekat sini ada jugak menu lain seperti nasi lemak, mee udang, roti sarang burung, roti canai, nasi lemak hijau dan banyak lagi. Warung mereka selalu penuh dengan pengunjung.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Batu 19 3, 4, Kampung Solok Berangan, 78300 Masjid Tanah, Malacca. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 6.30 pagi sehingga 4 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-2340 1604.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kakrowarisanceylon/

 

3. RESTORAN OMAK DEN – SARAPAN

Bagi korang yang nak breakfast berat waktu pagi, korang boleh datang restoran ni. Mereka ada sediakan menu sarapan pagi nasi putih dengan aneka lauk seawal 8 pagi. Menu lain juga ada dekat sini kalau korang taknak nasi. Kawasan restoran ini sangat luas, sesuai untuk breakfast ramai-ramai. Jangan lupa singgah breakfast sini kalau datang Masjid Tanah.

Berminat nak datang ke sini tapi tak tahu kat mana? Lokasi kedai ini terletak di 1928, Jln Masid Tanah – Alor Gajah, Taman Bandar Baru, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad dan Khamis pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  011-1504 5282.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/omakdenmasjidtanah/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Masjid Tanah ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply