13 Tempat Makan Malam Best di Yan, Kedah | Yan adalah daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah ini amatlah popular dengan kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dikunjungi termasuklah tempat makan disini.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Yan, Kedah

 

1. LAPAQ WESTERN – MAKAN MALAM

Kedai ini menghidangkan makanan Western yang sungguh lazat.  Terdapat pelbagai menu yang korang boleh cuba antaranya Western Dulang, Shell Out, Roti John, Burger dan banyak lagi. Kalau korang kebetulan ada dekat Yan, bolehlah cuba singgah disini.

Kedai terletak di Jalan Dulang Kecil, Kampung Kuala Dulang Kechil, 06900 Yan, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa pada 3:30 petang hingga 10:30 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-374 7333.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Lapaq-Western-D-Dulang-100077389610939/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lapaq_western/?hl=en

 

2. OMBAK LARA MEE UDANG – MAKAN MALAM

Kalau korang suka mee dan juga udang, korang boleh cuba singgah di Ombak Lara Mee Udang. Kedai ini merupakan salah satu kedai yang popular dengan Mee Udangnya. Dikatakan saiz udang yang dihidangkan cukup besar, segar dan juga juicy. Harga pun cukup murah tau. Korang pasti akan puas hati punya.

Kedai terletak di Kampung Kuala Dulang Kechil, 06900 Yan, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 11 pagi hingga 8 malam dan Jumaat pada 2:30 petang hingga 8 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-5756188.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Mee-Udang-Ombak-Lara-TM-100048134634115/

 

3. BATAS UBI DEER FARM – MAKAN MALAM

Korang tak pernah makan daging rusa tapi rasa nak cuba? Korang boleh datang ke sini. Batas Ubi Deer Farm adalah restoran yang menghidangkan daging rusa yang segar, manis dan sedap. Tempat ini bukan sahaja menghidangkan makanan tapi anda juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti ketika berada disini seperti Deer Feeding, ATV dan BBQ. Tempat ini amatlah sesuai untuk seisi keluarga.

Kedai ini terletak di Kampung Batas ubi, 06900 Yan, Kedah dan dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu pada 5 petang hingga 12 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-4313635.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Batas-Ubi-DEER-Farm-100064829075679/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Yan ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Yan, Kedah. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply