13 Tempat Makan Malam Best di Langkawi, Kedah | Langkawi ini adalah daerah kepulauan di negeri Kedah. Pulau ini cukup popular sebagai destinasi utama para pelancong tidak kira dalam ataupun luar negara kerana pulau ini cukup kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam. Walaupun pulau ini popular dengan tarikan pelancongan, pulau ini juga mempunyai tempat makan menarik yang wajib anda singgah.
Jadi, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best di Langkawi, Kedah.
1. MY FRENCH FACTORY – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan crepe pada waktu malam? My French Factory adalah jawapannya dimana ia merupakan French Galette and Crepes Restaurant. Disini korang boleh cuba crepe dan wafel yang dibuat sendiri oleh chef dari Perancis. Antara menu yang korang patut cuba adalah Savoury Crepes, Waffles with Salted Butter Caramel dan Nuttela Banana Crepe. Pasti korang akan menyukainya.
Kedai ini terletak di Jalan Pantai Cenang-Ground floor of the Langgura Baron Resort, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah dan dibuka pada setiap hari pada 11 pagi hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 04-955 5196
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/MYfrenchfactorylangkawi/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/myfrenchfactory/?hl=en
2. PIA’S THE PADI – MAKAN MALAM
Inginkan waktu makam malam dengan dikelilingi oleh sawah padi? Korang boleh cuba makan disini. Pia’s The Padi adalah salah satu restoran yang wajib untuk korang menjamu selera kalau ke Langkawi. Terdapat pelbagai menu Western dan Local yang bakal memuaskan hati anda kerana dikatakan hidangan mereka betul-betul mantap.
Restoran ini terletak di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 12 petang hingga 3 petang dan dibuka semula pada 6 petang hingga 10 malam. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi di no tel: 012-493 3713.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Pias-The-Padi-100039732346531/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/piasthepadi/?hl=en
3. RESTORAN PADANG PASIR – MAKAN MALAM
Restoran ini merupakan salah satu tempat makan malam yang patut korang cuba. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai masakan Mamak yang murah dan juga sedap. Kalau korang ingin makan malam masakan Mamak, bolehlah datang kesini. Pasti akan buat anda menjilat jari kesedapan.
Lokasi restoran ini terletak di 121, Jalan Padang Matsirat, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah dan dibuka pada 24 jam setiap hari. Kalau ada pertanyaan atau tempahan boleh hubungi di no tel: 04-966 6786.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rppcitarasamamu/?locale=ms_MY
4. UNKAIZAN JAPANESE RESTAURANT – MAKAN MALAM
Teringin nak makan makanan Jepun tapi tak tahu kat mana? Korang boleh cuba kunjungi disini. Unkaizan adalah restoran Jepun asli yang popular dengan para pelancong dan penduduk tempatan di Pulau Langkawi ini kerana hidangannya yang sungguh memukau. Antara menu yang korang boleh cuba adalah Sushi, Salmon and Tuna Sashimi, Grill Fish dan banyak lagi.
Unkaizan Japanese Restaurant terletak di Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa dan Rabu pada 6 petang hingga 10:30 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 04-9554118.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/UnkaizanJapaneseRestaurant/
5. TELAGA SEAFOOD RESTAURANT – MAKAN MALAM
Kalau korang suka makan malam berasaskan seafood, korang pasti akan sukak dengan restoran ini. Telaga Seafood Restaurant adalah salah satu restoran yang menjadi pilihan utama di Langkawi ini. Restoran ini amatlah sesuai untuk seisi keluarga dimana ia ada kawasan yang luas, persekitaran yang cantik, makanan laut yang sedap dan harga juga sangat berpatutan. Rugi kalau anda tak singgah makan disini.
Restoran seafood ini terletak di Telaga Seafood Restaurant, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah dan dibuka 4 petang hingga 12 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-3508171.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/telagarestaurant/?locale=ms_MY
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/telagarestaurant/?hl=en
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Langkawi ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Langkawi,Kedah. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!