13 Tempat Makan Best Sarapan Di Muar, Johor | Muar Bandar Diraja merupakan syurga makanan bagi semua pengunjung yang datang melawat Muar. Di Muar, terdapat banyak tempat-tempat makan yang best yang boleh korang singgah. Korang tak perlu pening-pening tak tahu nak makan kat mana kalau korang datang sini.

Datang ke Muar tak tahu nak sarapan pagi kat mana? Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.  Di bawah kami senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Muar, Johor.

1. R&H CAFE SATAY MAHARANI – SARAPAN

Kalau korang datang ke Muar ini merupakan tempat sarapan pagi yang wajib korang wajib cuba. Restoran sangat popular bagi orang Muar dan rata-rata pengunjung yang datang ke sini mengatakan retsoran ini tak akan mengecewakan korang. Restoran ini juga viral di media sosial akan kesedapan menu sarapan pagi mereka.

Antara menu yang menjadi bestseller dan kegemaran pengunjung yang datang ke sini ialah semestinya satay Muar, mee bandung Muar, lontong kering, lontong biasa dan laksa Johor. Korang wajib cuba salah satu menu tersebut. Harga makanan mereka juga tidak terlalu mahal, biasa-biasa je.

Teringin nak mencuba breakfast di restoran ini? Lokasi kedai ini terletak di 15, Jalan Seri Temenggong 26/1, Taman Sri Temenggong, 84000 Muar, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  018-215 2794.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/RH-Cafe-100063584376747/

 

2. KAFE PAK INCHIK – SARAPAN

Kafe Pak Inchik merupakan kafe breakfast ala-ala western. Bagi yang ingin breakfast ala-ala orang barat bolehlah datang ke sini untuk mencuba menu sarapan pagi mereka. Antara menu yang boleh korang cuba ialah lempeng dengan gulai ikan, roti titab yang lembut dan dihidangkan dengan telur separuh masak dan kaya, roti jala, nasi lemka dan banyak lagi. Tak dilupakan menu signature makanan pagi orang Johor iaitu mee bandung Muar dan satay juga terdapat kat sini.

Berminat untuk berkunjung ke sini hujung minggu ini? Lokasi kedai ini terletak di Ole-ole, Cabin No 4, Laman, Jalan Petrie, 84000 Muar, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 017-263 9767.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LempengPekakKambingSemalam/

 

3. KEDAI KOPI ALSAEED – SARAPAN

Kedai Kopi AlSaeed merupakan kedai sarapan pagi berlatar belakangkan senibina klasik dan mereka mengamalkan resipi turun temurun keluarga mereka. Korang kalau datang ke sini wajib singgah dan cuba mee bandung Muar, bakso, lontong kering, nasi lemak dan satay mereka. Itu merupakan menu bestseller dekat sana.

Suasana kedai yang sangat tenang, yang dapat memberi anda suasana makan di kedai pada zaman dahulu. Sesuai juga bagi sesiapa yang suka untuk OOTD kerana kedai mereka sangat cantik. Parking juga senang dan mudah anda cari. Datanglah beramai-ramai untuk mencuba menu sarapan pagi mereka.

Berminat untuk berkunjung ke sini hujung minggu ini? Lokasi kedai ini terletak di 11, Jln Ismail, Kampung Parit Setongkat, 84000 Muar, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  014-235 5650.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kedaikopialsaeed/?locale=ms_MY

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kedaikopialsaeedmuar/?hl=en

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kedaikopialsaeedmuar?lang=en

 

4. ZZ SATAY WARISAN – SARAPAN

Penggemar satay ini merupakan port breakfast untuk anda!!! ZZ satay warisan terkenal dengan menu sarapan pagi mereka iaitu satay ayam, satay daging dan satay kambing. Rata-rata pengunjung yang datang memang akan memesan satay.

Selain satay, terdapat juga menu lain seperti lontong, mee bandung Muar, nasi lemak, roti canai dan pelbagai lagi. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di Google dan rata-rata pengunjung yang datang ke sini memberi review yang best.

Ingin berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di 13, Jalan Majidi, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa dan Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 3.10 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  019-659 0895.

 

5. GUBOK ANN SATE WARISAN – SARAPAN

Ini juga merupakan salah satu port sarapan pagi untuk sarapan satay di pagi hari yang indah dan tenang. Di sini, korang boleh dapatkan menu sarapan pagi seperti lontong darat, lontong kering, bakso, satay ayam, satay daging, satay kambing, teh o ais padu, nais lemak bilis telur dan banyak lagi.

Pekerja di sini sangat baik dan ramah. Harga makanan mereka juga rahmah dan berbaloi bagi korang yang ingin try breakfast dekat sini. Korang bolehlah ajak keluarga dan rakan-rakan datang breakfast kat sini.

Ingin berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di 25, Jalan Majidi, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7.30 pagi sehingga 3.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 018-258 8004.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/GubokAnnSateyWarisan/?locale=ms_MY

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best sarapan di kawasan Muar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca, jangan lupa untuk kongsikan kepada yang lain jugak ye!

Share.

Leave A Reply