13 Tempat Makan Best Sarapan Di Parit Buntar, Perak | Bandar Parit Buntar terletak di kawasan yang kaya dengan kepelbagaian makanan dan budaya tempatan. Jika anda mencari warung yang menyajikan hidangan seperti roti canai, teh tarik, nasi lemak, dan lontong di Parit Buntar, anda mungkin akan menemui banyak pilihan yang sesuai dengan citarasa anda. Terdapat pelbagai warung, kedai mamak, atau restoran tempatan yang menawarkan hidangan Malaysia yang lazat dan terkenal.

Sementara berehat di Parit Buntar sebelum meneruskan perjalanan anda bolehlah mencari tempat untuk menjamu selera. Tapi dimana tempat makan yang best di Parit Buntar? Berikut merupakan tempat makan yang best untuk anda sarapan di Parit Buntar, Perak yang anda harus cuba.

 

1. NASI LEMAK KUNING PEKAN PARIT LAMA – SARAPAN

Kedai nasi lemak pekan parit lama ni sudah lama beroperasi dan masih popular sehingga sekarang. Anda yang datang ke Parit Buntar jangan lepaskan peluang untuk singgah di kedai ini. Terdapat banyak menu popular yang ada di sini seperti nasi lemak kuning dangan aneka pilihan lauk, roti canai, roti telur, kuey teow goreng dan sebagainya. Lokasi kedai ini juga strategik dan mudah untuk para pengunjung yang ingin datang ke sini untuk cari.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 340a, Jalan Ria, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 7.30 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 05-716 0515.

 

2. ROTI CANAI ONE PIECE CORNER – SARAPAN

Roti canai one piece corner merupakan salah satu warung roti canai yang popular dan ramai pengunjung tak kira sama ada hari minggu atau hari bekerja. Jika korang nak datang ke sini saya sarankan korang datang awal kalau korang tak nak kena beratur. Antara menu yang best dan popular di sini ialah roti sarang burung, roti telur goyang, roti bakar dengan kaya, nasi lemak telur, nasi lemak ayam dan terdapat juga bagi peminat kerang bakar, anda boleh cuba kerang bakar di sini.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak diJalan Terusan, Titi Serong, 34200 Parit Buntar, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6.30 pagi sehingga 11 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-597 1097.

 

3. RESTORAN PAK MAT CERIA @ PAK MAT KERANG – SARAPAN

Restoran Pak Mat Ceria merupakan salah satu restoran sarapan pagi yang popular di Parit Buntar. Rata-rata pengunjung yang datang memberi review dan komen yang bagus dan best. Restoran ini juga mendapat rating yang tinggi di Google dan harga makanannya juga sangat berpatutan dan murah. Antara menu yang terdapat di sini ialah nasi lemak kuning telur mata, kerang bakar pilihan wajib pengunjung yang datang, roti canai special, air teh ais leleh dan banyak lagi. Tunggu apa lagi, ajaklah rakan-rakan takpon keluarga anda untuk merasai menu sarapan pagi yang sedap dan menarik ini!!!

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jalan Syarikat, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Sabtu pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Lumut ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply