13 Tempat Makan Best Sarapan Di Permatang Pauh, Pulau Pinang | Permatang Pauh boleh dihubungi melalui beberapa lebuh raya seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. Sungai Perai menjadi sungai utama di sini dan membentuk timbunan tanah lanar aluvium yang subur.Kampung tradisional banyak terdapat di Permatang Pauh dan kini dimajukan menjadi taman perumahan dan kawasan bandar.

Jika anda sedang mencari tempat makan yang best di Permatang Pauh tapi tak tahu dimana, Di sini dikongsikan beberapa tempat makan yang menarik untuk anda sarapan yang perlu anda cuba di sekitar Permatang Pauh ini.

 

1. BREAK 1ST CAFE – SARAPAN

Break 1st cafe ini merupakan salah satu kedai sarapan pagi yang sangat popular dan viral di Permatang Pauh. Kedai ini dipenuhi ramai orang tak kira masa dan hari. Menu sarapan pagi mereka pon semuanya menarik dan best-best. Antara menu yang popular ialah roti bakar telur mata, roti bakar kaya, nasi lemak sambal bilis, nasi lemak sambal udang dan macam-macam lagi. Tempat parking pon luas dan selesa untuk para pengunjung yang datang.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 1, Jln Permatang Nibong, Kampung Jelapang, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  012-514 8051.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Break1stPG/

 

2. STARCUP COFFEE – SARAPAN

Tak tahu nak breakfast dekat mana di Permatang Pauh? Kedai Starcup Coffee ini merupakan kedai yang best dan menarik untuk korang sarapan pagi. Menu mereka yang banyak dan servis serta layanan yang baik dan mesra membuatkan lagi ramai pengunjung yang suka datang untuk breakfast dekat sini.

Antara menu yang popular di sini ialah nasi lemak, roti goyang, roti hancur, roti sup set, roti mata kerbau, roti kacang, kacang poll, lontong, mee kari, koey teow thn’g dan pelbagai lagi. Korang semua patut datang untuk mencuba kopi mereka, sangat sedap dan pekat. Harga juga sangat murah dan berbaloi dengan harga makanan yang disajikan.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 1, Jln Permatang Nibong, Kampung Jelapang, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  012-514 8051.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063570219578

 

3. RESTORAN KAK SAL KELATE – SARAPAN

Bagi peminat sarapan ala-ala kelate restoran ini wajib anda kunjungi bersama orang tersayang anda. Akok yang dibakar dengan lembut dan berlemak, nasi dagang dan nasi kerabu yang sedap dan terasa ori dari Kelantan. Restoran ini menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk sarapan makanan Kelantan. Selain itu, terdapat juga laksam yang dihidangkan dengan kuah yang dimasak dengan ikan yang segar. Air teh ais madu mereka juga menjadi pilihan kegemaran pengunjung yang datang ke sini.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Simpang Hiway BKE, 13500, Jln Permatang Pauh, Taman Janggus, 13500 Permatang Pauh, Penang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  017-562 0002.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Restoran-Kak-Sal-Kelate-100063904989442/

INSTAGRAM PAGE https://www.instagram.com/restorankaksalkelate/?hl=en

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Permatang Pauh ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply