13 Tempat Makan Best Sarapan Di Petaling Jaya, Selangor | Petaling Jaya adalah salah satu daripada tiga kawasan utama di bawah Daerah Petaling. Terdapat banyak tarikan menarik yang boleh anda lawati di sini, sama ada secara individu atau bersama keluarga. Kebanyakan tempat menarik di Petaling Jaya ini berkaitan dengan hiburan keluarga dan membeli-belah. Selain itu, di sini terdapat banyak juga port-port untuk anda sarapan di sini.

Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Kelana Jaya? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Kelana Jaya, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.

 

1. SUBANG RIA – SARAPAN

Subang Ria ini sesuai bagi korang yang ingin cuba menu breakfast yang pelbagai. Semua makanan di sini disajikan oleh peniaga gerai yang berbeza. Perkhidmatan mereka sangat pantas, walaupun pengunjung yang datag ramai.

Peniaga gerai di sini juga hanya terima bayaran tunai, jadi anda perlu sediakan cash sekiranya anda ingin ke sini. Secara keseluruhan, tempat ini adalah contoh yang hebat mengenai harmoni Malaysia, dan jika anda seorang Muslim yang craving makanan Cina halal untuk sarapan, inilah tempat yang sesuai. Antara menu yang best dan popular di sini ialah Pan Mee, Wantan Noodles & Yong Tau Foo.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 2, Jalan SS 5a/9, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  03-7865 2726.

 

2. LONTONG & CO ARA DAMANSARA – SARAPAN

Sesiapa yang ingin cuba sarapan ala-ala makanan Johor yang sebenar-benarnya lazat anda boleh singgah sarapan di sini. Pekerja mereka yang mesra dan perhatian, restoran yang bersih dan lapang, dan tempat letak kereta dengan harga yang berpatutan. Menu sarapan pagi mereka juga banyak dan pelbagai. Antaranya ialah lontong, kuey teow sup, kacang pool, roti bakar, lontong darat, mee bandung Muar dan banyak lagi. Bagi sesiapa yang ingin mencuba makanan orang Johor bolehlah datang ke sini.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di M-G-08, NZX Commercial Centre, Jalan PJU 1A/41, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin dan Khamis pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  012-379 1011.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lontongandcoaradamansara/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/lontongandcoaradamansara/

 

3. RESTORAN JAMAL MOHAMED – SARAPAN

Restoran ini ialah salah satu port breakfast di Petaling Jaya. Banyak pilihan makanan untuk breakfast. Terletak di barisan yang sama dengan Subang Ria, restoran mesra Muslim ini tawarkan pelbagai hidangan Cina yang berpatutan. Makanan disajikan dalam keadaan panas.

Terdapat banyak menu yang menarik di sini seperti mee wantan, satay ayam dan daging, roti canai, nasi kerabu, nasi lemak kangkung, kuih muih, soto, lontong, nasi ayam, mee sizzling, yong tau foo, kuey teow goreng dan banyak lagi . Jika anda penggemar keju, pencuci mulut Banana Cheese mereka adalah yang harus dicuba. Ia sangat lazat dan pasti korang akan repeat lagi.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di No. 24, Jalan SS 5a/9, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin dan Khamis pada pukul 6.30 pagi sehingga 11.59 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 03-7874 0786.

 

4. TINGKAP CAFE – SARAPAN

Tingkap kafe salah satu port breakfast untuk anda semua sarapan. Kafenya yang selesa dan menarik untuk berehat. Daging dan ayam satay yang sangat lazat, begitu juga roti jala dengan kari ayam. Cucur udang sangat sedap, dan meehoon goreng enak dan ringan. Lontong mereka juga sangat lazat dan Kopi O ais sangat pekat dan wangi. Tempat letak kereta percuma di tepi jalan tersedia. Ini bukan tempat travel indonesia. Korang boleh datang beramai-ramai untuk cuba menu sarapan mereka yang menyelerakan.

Berminat untuk kunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 52, Jalan 1/14, Pj Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  016-758 6987.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/tingkap_cafe/?hl=en

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Petaling Jaya ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply