13 Tempat Makan Best Sarapan Di Rawang, Selangor | Rawang sekarang semakin maju dan membangun setelah lebuh raya PLUS North South kini telah dilengkapkan dengan Lebuhraya Koridor Guthrie (menghubungkan Rawang ke Shah Alam), Lebuhraya LATAR (menghubungkan Rawang ke Kuala Selangor) dan Rawang-Serendah yang merupakan lebuh raya yang tertinggi di Malaysia. Disebabkan itu terdapat banyak kedai-kedai makan yang best yang telah dibuka di sini yang korang tak tahu yang korang boleh singgah sekiranya korang datang ke Rawang.

Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Rawang? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Rawang, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.

 

1. WARONG RIA SUNGAI CHOH – SARAPAN

Warong Ria Sungai Choh, tempat untuk semua orang menikmati hidangan sarapan pagi tempatan yang lazat. Port Breakfast di Rawang, Sesuai untuk keluarga dan tempat letak kereta yang luas. Antara menu yang bestseller kat sini ialah Sate, Lontong Kering, Soto, Lontong Biasa, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, dan banyak lagi. Kalau korang nak lunch pun ada Nasi Kambing Black Pepper, Nasi Ayam, Nasi Ayam Penyet, dan pelbagai hidangan lauk-pauk nasi campur.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 1121, 8, Simpang Sungai Choh, 48200 Rawang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 4 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  012-939 8445.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warongria/?hl=en

 

2. WARUNG ROTI CANAI PAK SARIP – SARAPAN

Port breakfast roti canai yang popular dan terkenal di Rawang. Warung Roti Canai Pak Sarip menyediakan menu sarapan pagi yang best-best dan mereka mempunyai banyak pilihan makanan untuk anda. Antara menu sarapan yang popular dan menjadi kegemaran pengunjung yang datang ialah lontong, roti canai istimewa mereka yang rangup dan lembut, roti sarang burung dengan daging cincang di atasnya serta roti bakar dan murtabak. Selain itu, mereka juga mempunyai ais kepal dan ABC. Tunggu apa lagi, korang patut cuba sarapan di sini.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di A23, Kampung Melayu Seri Kundang, 48050 Rawang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6 pagi sehingga 6 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  017-691 2877.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/roticanaipaksarip/

 

3. RESTORAN TERATAK NOGORI – SARAPAN

Restoran Teratak Nogori merupakan port breakfast berasaskan masakan Negeri Sembilan. Korang wajib datang ke sini untuk mencuba menu breakfast mereka yang pasti akan membuat korang terliur. Menu bestseller kat sini ialah lontong, roti jala, soto, aneka masak lemak, roti canai dan mereka juga ada menyediakan nasi berlauk bagi sesiapa yang ingin makan berat pada waktu pagi. Harganya juga murah dan berpatutan dengan makanannya. Kedainya yangs selesa dan ramai pengunjung mengatakan yang makanan di sini sedap-sedap belaka.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di no 58 blok E Gerai MPS, Kampung Melayu Batu 16, 48000 Rawang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 014-261 1907.

 

4. TEMPAT SARAPAN KUNDANG – SARAPAN

Ini juga merupakan salah satu port breakfast yang popular di Rawang, Selangor. Tempatnya yang tenang dan bersih anda dapat menikmati hidangan breakfast anda dengan tenang. Menu yang menjadi kegemaran pengunjung yang datang ialah lontong, nasi lemak ayam, roti arab cheese, roti puri, roti telur goyang dan banyak lagi. Makanan mereka sedap-sedap belaka. Korang wajib datang untuk mencuba.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Unnamed Road, 48020, 48020, Rawang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  016-705 6784.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Rawang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply