13 Tempat Makan Best Sarapan Di Sepang, Selangor | Daerah Sepang ini bersempadan dengan daerah Petaling di utara, sementara di bahagian timur, ia bersempadan dengan daerah Hulu Langat dan Negeri Sembilan. Di sebelah barat, ia bersempadan dengan daerah Kuala Langat, dan di bahagian selatan, Selat Melaka. Sepang juga menjadi tempat kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang berfungsi sebagai pintu utama masuk untuk pelancong dari luar negara ke dalam negara.

Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Sepang? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Sepang, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.

 

1. RESTORAN ADIK ABANG – SARAPAN

Restoran yg menjadi tumpuan penduduk sekitar bandar baru salak tinggi ini menyediakan berbagai jenis makanan yang sedap untuk anda sarapan pagi dan makan tengah hari dengan harga berpatutan. Antara menu yang popular ialah laksa, pulut kuning, roti canai, nasi lemak, lontong, satay, pelbagai jenis kuih-muih kuih dan banyak lagi. Terlalu banyak pilihan makanan yang boleh korang cuba. Semuanya sedap-sedap belaka.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Medan 23, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 6.30 pagi sehingga 6 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 03-8706 7611.

 

2. WARUNG KENDI SEPANG – SARAPAN

Penduduk Sepang rata-rata semua tahu port breakfast Warung Kendi ini. Terletak bersebelahan sungai kecil dan anda perlu berhati-hati sebab terdapat banyak monyet di kawasan tersebut. Warung ini merupakan port breakfast  yang highly recommended untuk anda breakfast. Menu yang bestseller kat sini ialah Baked Bean, Kendi Special Fried Rice, Bubur, Toast, Fried Egg dan banyak lagi. Kawasan parking juga luas dan selesa untuk pengunjung yang datang.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Kampung Jenderam Hulu, 43900 Sepang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 018-296 2132 atau anda boleh terus email di [email protected].

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungkendisepang/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/WarungKendiSepang/?locale=ms_MY

 

3. RESTORAN TAMAN KLASIK RUMBIA – SARAPAN

Sesiapa yang nak makan sarapan pagi selera kampung anda bolehlah cuba restoran ini. Port breakfast masakan kampung yang popular dan viral di Sepang, Selangor. Menu yang popular di sini ialah Nasi lemak telur goyang plus gulai kulit lembu dia memang kebnayakkan pengunjung recommend. Sangat terbaik la. Menu lain yang korang boleh cuba seperti Ubi Rebus Sambal Tumis, Bihun Soto Ayam, Lempeng dengan serawa durian, kacang pool dan banyak lagi. Kalau korang taknak beratur silalah datang awal ye..

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 286, Jalan Haji Jumani, 43900 Sepang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad, Isnin dan Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  017-672 4192.

 

4. KAFE NGETEH – SARAPAN

Kafe ini terletak di kawasan yang baru dibangunkan dan terletak dekat dengan kawasan perumahan. Lokasinya mudah untuk cari. Menu yang mereka sajikan ialah Nasi Lemak Sambal Kerang & Paru, Lontong, Bakso dan Soto. Portion makanan yang disajikan juga banyak, confirm korang puas hati. Pekerja mereka yang peramah dan servis mereka yang bagus dan cepat. Korang wajib singgah sekiranya korang datang ke Sepang.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di No.32-G, Perdagangan Warisan Sutera, Jalan Warisan Sutera 1, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7.30 pagi sehingga 3 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 03-8705 3992.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Sepang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply