13 Tempat Makan Best Sarapan Di Raub, Pahang | Raub terkenal dengan pengeluar durian yang terbesar di Malaysia. Selain itu, Raub juga memiliki keindahan alam yang cukup memukau yang patut kita semua jelajahi. Penduduk Raub beruntung bukan hanya karena kekayaan alamnya, tetapi juga karena kelazatan hidangan-hidangan tradisional yang diwariskan turun-temurun dari nenek moyang mereka yang berasal dari daerah ini.

Nak sarapan tapi tak tahu kat mana?Apa kata anda cuba berkunjung ke port-port breakfast di Raub untuk mencuba makanan di sana. Tapi dimana nak cari tempat makan best tersebut? Berikut merupakan senarai beberapa port sarapan yang best di Raub, Pahang yang boleh anda singgah.

 

1. RESTORAN RATU RASA – SARAPAN

Restoran Satu Rasa ini merupakan restoran sarapan pagi yang sangat famous di Raub. Mereka menyajikan pelbagai menu sarapan pagi di sini antara yang bestseller di sini ialah Nasi Kebuli/Keduli Pahang dan Puding Raja. Dua menu ini menjadi menu wajib pelanggan yang datang untuk mencuba.

Selain itu, mereka juga ada menyediakan menu sarapan pagi lain seperti roti canai, kuih-muih, bihun sup dan banyak lagi. Korang kalau datang Raub wajib singgah ke sini untuk breakfast.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 38, Bangunan UMNO, Jalan Dato’ Abdullah, 27600, Raub, Pahang, 27600. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 4 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 019-649 4691.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Raub-Restoran-Ratu-Rasa-4R-100063657816506/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoranraturasa/

 

2. WARUNG IMPIAN – SARAPAN

Suasana warung impian berkonsepkan alam semulajadi, tenang dan selesa bagi para pengunjung yang datang dan mempunyai kemudahan tempat letak kenderaan yg luas, tandas serta ruang solat bagi pelanggan kami.

Sambil menikmati suasana warung kami, kami menyediakan menu sarapan pagi dan makan malam dengan citarasa lain dari yang lain disamping itu ada menu-menu Istemewa sarapan pagi nasi lemak, roti bakar telur goyang double shoot, Roti Bakar Org Kaya, Lempeng kelapa Che Pah, Roti Jala Abg Syg dan aneka kuih tradisional.

Bercadang ingin berkunjung ke sini pada hujung minggu? Lokasi kedai ini terletak di Kampung Kuala Dong Dong, 27400 Raub, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  013-286 2491.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@warungimpianraub

 

3. JALAN TRAS KOPITIAM – SARAPAN

Jalan Tras Kopitiam menyediakan menu sarapan pagi yang premium untuk anda semua. Di sini, terdapat banyak menu sarapan pagi yang boleh korang pilih antaranya ialah set english breakfast, nasi lemak, mee kari, bubur nasi, roti canai dan pelbagai lagi makanan yang best ada dekat sini. Suasana restoran ini sangat tenang dan sesuai untuk korang yang nak breakfast dengan family, kawan-kawan atau buat gathering. Korang bolehlah datang ke sini untuk mencuba menu sarapan mereka yang menyelerakan.

Ingin berkunjung ke sini pada hujung minggu bersama keluarga? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Tras Kopitiam, PT25497 Jalan Tras, Raub, 27600 Raub, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 11 pagi sehingga 8 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 019-201 2420.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Jalan-Tras-Kopitiam-100080612096170/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Raub ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply