13 Tempat Makan Best Sarapan Di Seri Iskandar, Perak | Seri Iskandar telah mengalami pembangunan dalam beberapa tahun terakhir disebabkan oleh institusi pendidikan di kawasan ini, yang menarik pelajar, fakulti, dan penyelidik dari serata Malaysia dan antarabangsa. Kawasan sekitar Seri Iskandar juga mempunyai tarikan semulajadi, termasuk Taman Alam Kinta yang indah dan Bukit Kledang yang berdekatan, yang merupakan tempat pendakian yang popular.

 

Sementara berehat di Seri Iskandar sebelum meneruskan perjalanan anda bolehlah mencari tempat untuk menjamu selera. Tapi dimana tempat makan yang best di Seri Iskandar? Berikut merupakan tempat makan yang best untuk anda sarapan di Seri Iskandar, Perak yang anda harus cuba.

 

1. E ONE ROTI DOLL – SARAPAN

Warung ini merupakan warung yang best untuk anda sarapan. E One Roti Doll menawarkan roti canai dengan kuah dal, teh tarik, dan juga hidangan Malaysia lain seperti nasi lemak dan lontong. Rasanya sedap dan harganya juga berpatutan. Warung ini mendapat sambutan yang hangat dan pernah viral suatu ketika dahulu. Anda wajib singgah ke sini bersama keluarga ataupun rakan-rakan untuk merasai roti canai doll mereka dan menu sarapan yang lain.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jalan PP5, 31750 Seri Iskandar, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-679 0498.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Eonerotidoll/

 

2. NASI LEMAK PERAK – SARAPAN

Nasi Lemak Perak merupakan salah satu kedai sarapan pagi yang popular di Seri Iskandar. Di sini mereka menyajikan menu sarapan pagi yang menyelerakan dan mampu membuat korang terliur. Antara menu yang ada di sini, semestinya menu utama mereka nasi lemak dengan aneka pilihan lauk yang korang boleh pilih. Selain itu, roti canai, roti telur, mee goreng, bihun goreng dan banyak lagilah. Anda disarankan untuk datang beramai-ramai untuk merasai menu sarapan pagi mereka.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jalan Besar, 31750 Tronoh, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 3 petang.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/NasiLemakPerak/?locale=ms_MY

 

3. RAYYAN NASI KUKUS – SARAPAN

Bagi penggemar nasi kukus restoran ini wajib anda singgah sekiranya anda datang ke Seri Iskandar. Mereka menyajikan menu nasi kukus dengan pelbagai lauk yang sedap dan dimasak panas-panas setiap hari. Selain nasi kukus, sesiapa yang taknak makan berat-berat pada waktu pagi anda boleh cuba menu sarapan pagi mereka yang lain seperti kuey teow goreng, roti telur goyang, roti canai, moi sup dan sebagainya. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini memberi review yang best dan bagus. Layanan mereka juga sangat baik dan ramah dengan semua pengunjung.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Lot 148, Persiaran Dataran 2, Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 4 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-919 2663.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Rayyan-Nasi-Kukus-100064709677271/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Seri Iskandar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply