13 Tempat Makan Best Sarapan Di Tanjung Malim, Perak | Bandar ini merupakan destinasi pendidikan utama di Malaysia kerana terdapat beberapa institusi pengajian tinggi ternama seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain itu, Tanjong Malim juga terkenal dengan warisan dan seni bina kolonialnya. Terdapat beberapa bangunan lama yang menarik dan bersejarah di bandar ini, termasuklah bangunan-bangunan berkonsepkan arsitektur kolonial British.
Sementara berehat di Tanjung Malim sebelum meneruskan perjalanan anda bolehlah mencari tempat untuk menjamu selera. Tapi dimana tempat makan yang best di Tanjung Malim? Berikut merupakan tempat makan yang best untuk anda sarapan di Tanjung Malim, Perak yang anda harus cuba.
1. THE WARONG FOOD TANJONG MALIM – SARAPAN
Dekat Tanjung Malim ada beberapa port makan yang best. Diantaranya dekat The Warong Food ni. Macam-macam makanan ada, syurga makanan di sini kome. Yang penting MEE WANTAN KICAP menu mereka yang paling popular dan MEE KARI HO LIAO juga kegemaran pengunjung yang datang ke warong ni ada kat sini.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jalan Haji Mustafa Raja Kamala, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-1151 5677.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/The-Warong-Tanjung-Malim-100067407154132/
2. NASI LEMAK PAIED HULU BERNAM – SARAPAN
Nasi lemak di sini sudah menjadi kegemaran pengunjung yang datang ke kedai ini. Menu nasi lemak merupakan menu wajib bagi semua yang datang untuk mencubanya. Selain nasi lemak kuey teow goreng, mee goreng, nasi goreng dan juga kuih muih di sini laku keras. Rata-rata pengunjung yang datang mengatakan makanan mereka sangat sedap. Harga pon murah dan semua orang boleh mencuba.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Lot 370C, Jalan Besar, Hulu Bernam, 35900 Tanjong Malim, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-286 2877.
3. KEDAI MAKAN AYAH DIN – SARAPAN
Bagi penggemar mee kicap, kedai ini merupakan kedai yang popular dengan Mee Kicap. Kedai ini juga menjadi tempat berkumpul untuk rider-rider berhenti makan. Anda di nasihatkan supaya makan di situ daripada membungkus kerana ianya lagi sedap apabila makan panas-panas. Selain mee kicap mereka jugak menawarkan menu sarapan ala chinese style yang lain seperti mee wantan, kuey teow goreng, roti telur, telur separuh masak dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai untuk merasai mee kicap yang tiada tandingan ini.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Lot 370C, Jalan Besar, Hulu Bernam, 35900 Tanjong Malim, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-286 2877.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Kedai-Makan-Ayah-Din-100057130133491/?locale=ms_MY
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kedai_makan_lorong_belakang/?hl=en
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Tanjung Malim ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !