13 Tempat Makan Best Sarapan di Pasir Mas, Kelantan | Pasir Mas ialah sebuah jajahan daripada 11 buah jajahan yang ada dalam negeri Kelantan. Ia sempadan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Jajahan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga sempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan sempadan dengan Jajahan Tanah Merah.
Sementara berehat di Pasir Mas sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Pasir Mas? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Pasir Mas yang anda harus cuba.
1. NASI KERABU CHE AWANG – SARAPAN
Korang cari tempat sarapan yang jual nasi kerabu yang mantap dan sedap? Korang boleh datang ke sini untuk mencuba nasi kerabu mereka. Dibuka sejak tahun 1960 an hingga kini. Nasi kerabu yang telah di usahakan oleh Che Awang ini selalu dapat sambutan yang luar biasa oleh pelanggan di Pasir Mas ni. Nasi kerabu selalu soldout setiap hari. Korang kena datang kalau nak tahu rasa nasi kerabu mereka.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 15100 Pasir Mas, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 2.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 09-701 1152.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nasikerabucheawang/
2. ABE YIE NASI KERABU DAGING BAKAR – SARAPAN
Ini juga salah satu kedai nasi kerabu yang agak famous dekat Pasir Mas. Kedai Abe Yie Nasi Kerabu Daging Bakar. Kalau korang nak tahu, kedai nasi kerabu dekat Kelate ni terlaluu banyak, tapi nk cari kelainan setiap kedai tu susah.
Kedai dekat Pasir Mas ni memang lain dari yang lain la sebabnya ayam bakar dan daging bakar dia tu dihidangkan sekali dengan sambal kicap (kicap + bawang + cili + asam limau). Yang specialnya lagi, selain ayam dengan daging, dia jugak ada lidah & perut sebagai menuu rare laa. Dekat tempat lain memang susah nk jumpa benda-benda gini.
Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 130, 15100 Pasir Mas, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari.
3. MAKAWE CAFE – SARAPAN
Korang kalau melawat pasir Mas tu, boleh datang singgah sini untuk try menu breakfast mereka. Dekat sini, menu bestseller mereka adalah roti bakar, hamlet, scrambled egg, omelette cheese, roti telur leleh, roti telur crabstick & seaweed, roti telur leleh daging, sosej, cheesy nancos dan banyak lagi lah yang korang boleh dapat kat sini. Tunggu apa lagi, ajak kawan dan keluarga korang datang breakfast kat sini.
Plan nak datang tapi tak tahu kat mana? Lokasi kedai ini terletak di 1329-L, Jln Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-822 6102.
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@makawe_cafe
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kedaimakawe/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Pasir Mas ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !