13 Tempat Makan Best Sarapan di Pasir Puteh, Kelantan | Korang kalau datang melawat Pasir Puteh jangan lepaskan peluang untuk cuba breakfast dekat kawasan sini. Dekat sini terdapat banyak port-port breakfast yang viral dan best-best yang korang boleh kunjungi dengan keluarga atau kawan-kawan korang. Syurga makanan untuk korang.
Sementara berehat di Pasir Puteh sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Pasir Puteh? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Pasir Puteh yang anda harus cuba.
1. KEDAI MAKAN CHE NOH – SARAPAN
Ini adalah salah satu kedai breakfast yang best dan sedap yang korang boleh kunjungi. Kedai ini tawarkan pilihan sarapan yang premium dengan harga yang mesra. Setiap hidangan sarapan mereka sediakan dengan teliti untuk pastikan pelanggan puas hati dengan makanan mereka.
Dekat sini, korang boleh dapatkan menu sarapan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, laksa, laksam, roti canai, kuih-muih dan banyak lagi. Parking dekat sini sangat luas dan mudah dicari.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 74, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 3.30 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-257 9766.
2. NASI KERABU KAMBING BAKAR – SARAPAN
Korang yang mana datang ke Pasir Puteh nak cari kedai nasi kerabu yang sedap dan viral, boleh singgah ke kedai ni. Mereka hidangkan nasi kerabu istimewa dengan kambing bakar yang lembut, garing dan sangat sedap. Daging yang dibakar dengan arang menjadi kegemaran pengunjung yang datang. Selain nasi kerabu, mereka ada menu lain seperti pulut manis, nasi dagang, roti canai, teh ais padu dan banyak lagi lah yang boleh korang cuba kat sini.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 198c, AH18, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-2680 3507.
3. PASIR PUTEH RESTAURANT – SARAPAN
Korang dha bosan asyik breakfast tempat yang sama? Tak tahu tempat best nak breakfast dekat mana area Pasir Puteh? Boleh datang ke Pasir Puteh Restaurant ni. Mereka ada sediakan menu sarapan yang best-best dan boleh buat korang terliur. Antara yang bestseller kat sini yang korang boleh cuba ialah roti telur leleh, roti bakar dengan kaya, kopi o pekat, nasi lemak, telur separuh masak, kuih-muih, akok dan lain-lain.
Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Pasir Puteh, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 8.30 pagi sehingga 8 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 010-866 6822.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Pasir Puteh ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !