13 Tempat Makan Malam Best di Alor Setar, Kedah | Alor Setar yang berada di bahagian utara ini adalah ibu negeri bagi negeri Kedah, Malaysia. Alor Setar memiliki warisan sejarah dan juga kaya dengan budaya. Walaupun Alor Setar ini popular dengan daya tarikan pelancongan tetapi ia juga cukup kaya dengan hidangan tempatan yang lazat yang mempunyai pengaruh daripada makanan Melayu, Thai, dan India.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best untuk anda kunjungi di Alor Setar, Kedah.

 

1. MAT CUCUR UDANG – MAKAN MALAM

Restoran ini antara destinasi yang popular dalam kalangan penduduk Alor Setar bagi Cucur Udangnya.  Kalau korang nak tahu, Cucur Udang disini dikatakan mempunyai isinya yang lembut dan rangup, udangnya yang segar dan kuah kacangnya yang cukup lazat sehingga menjilat jari. Makanan ini sesuai bagi yang mahukan makan malam yang ringan dan juga menyelerakan, korang boleh cuba disini.

Lokasi restoran ini  di 919, Jalan Sultan Badlishah, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah dan dibuka pada setiap hari jam 2 petang hingga 9 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-5585592.

 

2. KAFE ADIK KAKAK – MAKAN MALAM

Kafe ini  juga menjadi pilihan penduduk di sini. Dimana ada hiasan yang cantik, tempat duduk dalam dan luar yang bagus dimana ianya sesuai untuk anda seisi keluarga atau rakan anda. Disini juga menawarkan banyak masakan iaitu makanan tempatan dan juga Western. Pasti akan membuat anda rambang mata.

Lokasi kafe Adik KAKAK ini di No. 30, Batu 2, Jln Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah dan dibuka pada hari Selasa hingga Ahad pada jam 7:30 pagi hingga 12:30 petang dan dibuka semula pada 5:30 petang hingga 11 malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kafeadikkakak/

INSTAGRAM PAGE:https://www.instagram.com/kafeadikkakak/

 

3. RESTORAN MIKAMAL – MAKAN MALAM

Walaupun restoran ini kelihatan biasa tetapi siapa sangka, ia cukup popular di Alor Setar dengan menu masakan India atau Mamak. Antara makanan yang menjadi pilihan disini ialah Mee Goreng dan Pasembor. Harganya cukup berpatutan, sedap, cepat dan bersih. Korang kena cuba makan disini, pasti tak akan menyesal.

Restoran ini di Jalan Anak Bukit, Istana Anak Bukit, 05150 Alor Setar, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu pada 7 pagi hingga 7:50 petang. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 04-730 6542

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Restoran-mikamal-100054314569743/

 

4. IMAN KEOYTEOW KERANG – MAKAN MALAM

Antara banyak-banyak kedai char kueyteow, ini juga menjadi sebutan utama penduduk disini. Terdapat pelbagai hidangan char kueyteow yang disediakan.  Korang kena cuba Keoyteow Kerang yang merupakan killer menu disini ianya mempunyai rasa yang kuat dan juga berkualiti. Pasti korang akan puas hati punya.

Lokasi KeoyTeow Kerang ini di No. 21 & 22 Susuran Talapia, Jalan Sultanah Sambungan, Taman Pandan, 05350 Alor Setar, Kedah dan dibuka setiap hari pada 6 petang hingga 1 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 04-7303316.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/imankoeyteowkerang/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/imankoeyteowkerang/

 

5. MEE ABU ® (JALAN SULTANAH)

Restoran Mee Abu ini adalah salah satu restoran yang berjaya memikat hati penduduk setempat dengan masakan Mee. Mee Rebus dan Mee Goreng Mamak merupakan recommendation pelanggan yang makan disini. Bagi yang sukakan Mee, korang wajib cuba makan disini.

Lokasi Mee Abu ini di 2968-R, Jalan Sultanah, Taman Sri Taman 2, 05350 Alor Setar, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 7:30 pagi hingga 8:30 malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Restoran-mee-abu-100026703986144/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di Alor Setar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Alor Setar. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

 

Share.

Leave A Reply