13 Tempat Makan Malam Best di Bandar Hilir, Melaka | Bandar Hilir adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Melaka. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana ia amatlah popular sebagai salah satu destinasi pelancongan tidak kira pelancong luar ataupun dalam negara.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Bandar Hilir, Melaka ini.

 

1. CENGKERANG SEAFOOD JUMBLE – MAKAN MALAM

Nak cari makanan laut yang best tapi tak tahu dekat mana? Korang boleh ke Cengkerang Seafood Jumble ini. Kalau korang nak tahu, Cengkerang Seafood Jumble ini adalah sebuah restoran yang popular di Bandar Hilir dengan hidangan seafoodnya. Korang pasti akan puas hati kerana terdapat bermacam jenis makanan laut yang korang boleh dapat seperti Ikan, Ketam, Udang, Sotong dan banyak lagi. Apa yang menarik lagi adalah makanan laut disini sangatlah segar, juicy dan lembut apabila dimakan. Memang terbaik orang kata. Jadi, tunggu apalagi. Rugi tau tak cuba singgah.

Lokasi ini di No 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka, 75250 Malacca dan dibuka setiap hari kecuali Isnin. Sabtu dan Ahad pada 1 petang hingga 11 malam. Rabu dan Khamis dibuka pada 3 petang hingga 11 malam. Selasa dan Jumaat pada 5 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-20748852.

BUSINESS PAGE: https://cengkerangseafoodjumble.com/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/cengkerangseafood/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/cengkerangseafoodjumble/

 

2. BICA & CO COURTYARD CAFE – MAKAN MALAM

Korang craving makanan Western? Jangan risau, korang boleh ke Bica & Co Courtyard Cafe. Kafe ini bukanlah sebuah kafe yang asing lagi kerana ia sangatlah popular dengan hidangan Western dan suasana yang tenang disini. Kalau korang ada dekat sini, korang boleh cuba Fettucine Carbonara, Classic British Style Fish and Chips, Pizza dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan dengan saiz portion. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi Bica & Co Courtyard Cafe ini di 212, Jln Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka dan dibuka setiap hari pada 11:45 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 06-2819888. 

BUSINESS PAGE: https://bica.rosa.com.my/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/bicaandco/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/bicaandco/

 

3. PAK PUTRA RESTAURANT – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Bandar Hilir ini, korang kena singgah di Pak Putra Restaurant. Pak Putra Restaurant adalah sebuah restoran Pakistani yang berjaya memikat hati penduduk disini. Kebanyakkan pelanggan datang kesini untuk menikmati hidangan Pakistani. Korang pasti akan rambang mata punya kerana dekat sini, terdapat banyak menu yang ditawarkan. Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah Chicken Tandoori with Double Cheese Naan, Roti Naan, Butter Chicken, Butter Naan, Triple Cheese Naan dan banyak lagi. Korang pasti akan menjilat jari punya. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi restoran ini di 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5:30 petang hingga 1 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-6015876. 

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Melaka Tengah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Bandar Hilir ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply