13 Tempat Makan Malam Best di Batu Berendam, Melaka | Batu berendam adalah sebuah bandar yang berada dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Disini terletaknya sebuah lapangan terbang bagi negeri Melaka iaitu Lapangan Terbang Batu Berendam.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Batu Berendam, Melaka ini.

 

1. RESTORAN OLE OLE BANDUNG – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di kawasan Batu Berendam ini, korang boleh kunjungi ke Restoran Ole Ole Bandung. Dekat sini, mereka menyediakan makanan dari Nusantara dan juga Barat. Sememangnya padu. Bermacam macam pilihan yang korang boleh cuba seperti Nasi Ayam Pencet, Nasi Pecel Lele, Nasi Sotong Penyet, Nasi Bawal Penyet, Nasi Kembung Penyet dan banyak lagi. Korang pasti akan menjilat jari kesedapan punya lah. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri.

Lokasi ini di MA-0-06, Jalan Sb Utama, Taman Seri Bayan, 76100 Durian Tunggal, Melaka dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 12:45 tengah hari hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-6645459.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoranoleolebandung/

 

2. THE OLD KITCHEN – MAKAN MALAM

Dah jemu nak makan makanan Local dan nak makan makanan Western? Jangan risau, korang boleh ke The Old Kitchen ini. The Old Kitchen adalah salah satu restoran Western terbaik di Batu Berendam ini. Dekat sini, terdapat banyak jenis hidangan yang korang boleh dapatkan. Antaranya seperti Double Chicken Chop, Lamb Chops with Bolognese Pasta, Chicken Grill Carbonara Pasta, Past Cabonara, French Fries with Cheese dan banyak lagi. Korang pasti akan sukakan punya kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan denga saiz portion. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi The Old Kitchen ini di Taman Pertama, 75350 Batu Berendam, Malacca dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 6 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-8012558.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/theoldkitchenmelaka/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/theoldkitchen_/

 

3.  THE STREET KITCHEN KONTENA – MAKAN MALAM

Kalau ingin makan malam bersama keluarga, korang boleh ke the Street Kitchen Kontena ini. Street Kitchen Kontena adalah sebuah restoran Western yang unik di Batu Berendam. Dimana mereka menggunakan kontena sebagai hiasan untuk dijadikan salah satu daya tarikan pengunjung ke sini. Dekat sini, terdapat pelbagai jenis hidangan yang korang boleh cuba. Antaranya ialah Salted Egg Chicken Chop, Lamb Chop, Pasta dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya. Jadi, tunggu apa lagi. Bawa keluarga korang datang ke sini, pasti puas hati punya.

Lokasi restoran ini di Lot 21553, Bandar Bukit Baru, Seksyen 5, 75400 Malacca dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-6300485. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/thestreetkitchenmlk/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/thestreetkitchenmlk/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Melaka Tengah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Batu Berendam ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply