13 Tempat Makan Malam Best di Batu Gajah, Perak | Batu Gajah adalah sebuah bandar di negeri Perak dan berhampiran dengan bandar raya Ipoh, Tanjung Tualang, Simpang Pulai dan lain-lain. Bandar ini unik dari segi sejarah dan juga daya tarikannya. Seperti bandar yang lain, Batu Gajah juga menyajikan hidangan tempatan yang sedap.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Batu Gajah yang anda boleh cuba.

 

1. ANAKGONDA – MAKAN MALAM

Kedai makan ini adalah sebuah kedai yang cukup terkenal dengan pelbagai jenis roti. Dikatakan roti disini mempunyai tekstur yang sangat lembut, gravy dan sedap dimakan bersama kuah kari. Antara menu yang selalu menjadi pilihan ialah Roti Puri, Capati, dan Roti Naan. Kalau korang seorang penggemar roti, bolehlah datang ke sini. Pasti korang akan puas hati punya.

Kedai ini terletak di Kampung Changkat Belangkor, 31000 Batu Gajah, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 5:30 petang hingga 12 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-556 8599

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/anakgonda/

 

2. CAPATI KAMPUNG PISANG – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Batu Gajah, korang wajib kesini. Capati Kampung Pisang merupakan sebuah kafe yang terletak di kawasan perkampungan dimana mereka menyajikan hidangan capati sehingga malam. Ia sangatlah lembut, gebu, sedap dan murah. Korang pasti akan terngiang-ngiang akan kelazatannya.

Restoran ini terletak di NO 8, Kampung Pisang, 31000 Batu Gajah dan dibuka pada setiap hari kecuali Ahad pada 5 petang hingga 10 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-519 9682

WEBSITE: https://capati-kampung-pisang.business.site/

 

3. MAN MEE KARI – MAKAN MALAM

Nak makan mee pada waktu malam? Korang kena cuba makan di Man Mee Kari. Restoran ini merupakan restoran yang popular dengan hidangan mee. Antara menu yang sering menjadi pilihan para pelanggan adalah Mee Kicap dan Mee Kari. Portionnya cukup memuaskan, sedap dimakan dan harga pun cukup berpatutan. Pasti korang akan gembira punya.

Restoran ini terletak di No 1A , Rumah Kedai, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak dan dibuka pada Rabu, Khamis dan Jumaat pada 8:30 malam hingga 11:30 malam.  Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-2159 7252

 

4. POST WESTERN – MAKAN MALAM

Kalau korang bosan asyik makan makanan Local, korang boleh singgah disini untuk menikmati makanan Western. Post Western adalah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis menu Western seperti Burger, Chicken Chop dan Lamb Grill. Makanannya sungguh menyelerakan dari pandangan pertama.  Sambil menjamu selera tu, korang boleh menikmati suasana perkampungan. Nyaman.

 

Lokasi Post Western ini di Jalan Changkat Larang, Kampung Batu Dua, 30200 Batu Gajah, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 6 petang hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 010-563 9962

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/PortWesternSeriJaya/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/port.western/

 

5. BIG PORTION CAFE – MAKAN MALAM

Restoran ini merupakan tempat makan malam best yang patut korang cuba makan disini. Disini bukan sahaja ada makanan Western tetapi ada juga makanan Asian, Middle East dan banyak lagi. Namanya pun sudah big portion, sudah semestinya ia mempunyai portion yang cukup besar dan harga pun cukup memuaskan.Ianya sesuai untuk anda seisi keluarga makan bersama disini.

Restoran ini terletak di Jalan Taman Tasik Permai, Kampung Sungai Terap, 31000 Batu Gajah, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Ahad pada 4 petang hingga 11:30 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-466 0657

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat malam terbaik di daerah Batu Gajah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Batu Gajah, Perak Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply