13 Tempat Makan Malam Best di Bayan Lepas, Pulau Pinang | Bayan Lepas adalah sebuah bandar di sebelah selatan Pulau Pinang. Bandar ini adalah kawasan perindustrian yang pesat membangun dan juga popular dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Walaupun Bayan Lepas ini kawasan perindustrian tetapi siapa sangka, bandar ini juga mempunyai tempat makan yang best terutamanya pada waktu malam.
Korang lapar waktu malam tapi tak tahu nak makan apa? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best yang ada di Bayan Lepas, Pulau Pinang ini.
1. ORIGINALLY BANGKOK TOMYAM – MAKAN MALAM
Korang lapar Tomyam pada waktu malam? Originally Bangkok Tomyam adalah tempatnya. Restoran ini adalah salah satu restoran thai yang popular di Bayan Lepas. Dikatakan makanan disini akan membuatkan korang seolah-olah berada di Bangkok, Thailand. Kalau korang ada disini, korang boleh cuba signature mereka iaitu Tomyam dan Daging Thai disini. Korang pasti akan suka punya.
Lokasi restoran ini di 85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 12 tengahari hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi: 04-6442205.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/originallybangkoktomyam/
2. IDRUS IKAN BAKAR – MAKAN MALAM
Korang craving Ikan Bakar pada waktu malam? Korang kena singgah di Idrus Ikan Bakar. Idrus Ikan Bakar adalah salah satu port Ikan Bakar yang sedap di Bayan Lepas ini. Dikatakan hidangan disini cukup segar sehingga tiada masalah berbau ataupun rasa hanyir. Dari segi harga, portion dan perkhidmatan disini amatlah baik. Korang mesti merasai pengalamannya.
Lokasi restoran ini di Idrus Ikan Bakar Depan Polis Marin, 3, Lebuh Raya Sungai Nibong, Kampung Batu Uban, 11700 Gelugor, Penang dan dibuka pada setiap hari pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda pertanyaan atau ingin menempah, bole hubungi: 012-4528858.
3. UNCLE LANZ NASI LEMAK – MAKAN MALAM
Craving nasi lemak pada waktu malam? Korang boleh singgah di Uncle Lanz Nasi Lemak. Restoran ini adalah restoran yang cukup popular dalam kalangan penduduk disini dengan Nasi Lemak. Dikatakan dekat sini terdapat banyak jenis pilihan Nasi Lemak yang korang boleh cuba seperti Nasi Lemak Biasa, Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Lemak Sotong dan Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung. Korang mesti puas hati punya sebab portionnya banyak, harga berpatutan dan yang paling sedap hingga menjilat jari. Selain Nasi Lemak, mereka juga ada menyediakan hidangan Western. Selamat mencuba.
Lokasi Uncle Lanz Nasi Lemak ini di 82, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 10 pagi hingga 2:30 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-4644476.
4. D’SEAFOOD PARADISE – MAKAN MALAM
Korang nak menikmati makanan laut yang sedap sambil ditemani pemandangan pantai yang cantik, korang boleh ke D’Seafood Paradise. D’Seafood Paradise adalah salah satu restoran makanan laut yang popular disini. Mereka menyediakan banyak jenis makanan laut yang korang boleh pilih seperti ikan, kerang, sotong, ketam dan banyak lagi. Kesegaran makanan laut sangatlah terjamin dan pastinya sangatlah lazat. Restoran ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga dan rakan-rakan makan bersama-sama sambil ditemani dengan suasana yang tenang.
Lokasi restoran seafood ini di Jalan Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 3:30 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 04-6266985.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Dseafood-ParadiseTeluk-Tempoyak-100063860507708/
5. ARANG COFFEE – MAKAN MALAM
Jemu makan makanan Local? Korang boleh ke Arang Coffee. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai hidangan Western seperti Spaghetti Cabonara, Seafood Aglio Olio, Salted Egg Pasta with Soft Shell Grab and Scallops, Fish and Chips dan banyak lagi. Portion disini boleh mengenyangkan, harga sangat berpatutan dan perkhidmatan disini cukup friendly. Korang boleh cuba rasai sendiri.
Lokasi kafe ini di 72-G, Persiaran Mahsuri 2, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 9 pagi hingga 9 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-3231772.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/arangcoffee/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Bayan Lepas ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!