13 Tempat Makan Malam Best di Butterworth, Pulau Pinang | Butterworth adalah sebuah bandar terbesar di daerah Seberang Perai. Nama Butterworth atau Bagan ini diambil sempena nama Kolonel William John Butterworth iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat. Bandar ini disambung dengan Jambatan Pulau Pinang dan feri dari atau ke Pulau Pinang. Bandar ini amatlah popular dengan daya tarikan lebih-lebih lagi tempat makan yang best.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 tempat makan best di Butterworth, Pulau Pinang yang anda boleh kunjungi.
1. IDA MEE UDANG SUNGAI DUA – MAKAN MALAM
Craving mee pada waktu malam? Korang kena singgah ke Ida Mee Udang Sungai Dua. Kalau korang nak tahu, Ida Mee Udang Sungai Dua menyediakan hidangan mee seperti Mee Udang special, Mee Ketam special, Mee Goreng Udang dan banyak lagi. Kalau korang ada di Butterworth, bolehlah cuba disini. Semestinya sedap dan harga pun berpatutan tau.
Lokasi restoran ini di 3640, Jln Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 1 petang hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi: 017-4722109.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Ida-Mee-Udang-Sungai-Dua-Original-100063648155142/
2. NASI KANDAR JAMAL MOHAMED – MAKAN MALAM
Antara banyak-banyak restoran Nasi Kandar, Nasi Kandar Jamal Mohamed adalah sebuah restoran yang menjadikan pilihan utama warga disini. Dikatakan Nasi Kandar disini mempunyai rasa yang berbeza dengan yang lain dimana ianya tidak boleh digambarkan, korang kena cuba sendiri kelazatannya. Harga amatlah berpatutan dengan portion itu sendiri.
Lokasi ini di 4846, Jalan Kampung Benggali, Kampung Benggali, 12000 Butterworth, Pulau Pinang dan dibuka pada 24 jam setiap hari. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi: 018-3716786.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nkjmofficial/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nkjmofficial/
3. ADRIANNA IKAN BAKAR – MAKAN MALAM
Kalau korang suka makan ikan bakar, korang wajib singgah disini. Adrianna Ikan Bakar adalah salah satu tempat makan best yang ada di Butterworth ini. Dekat sini mereka menyediakan pelbagai makanan laut yang segar seperti Sotong Goreng Tepung, Ikan Siakap Bakar, Ikan Siakap 3 Rasa dan banyak lagi. Restoran ini amatlah sesuai untuk seisi keluarga makan bersama. Harganya amat berpatutan dan sangat berbaloi dengan kelazatannya. Korang mesti puas hati punyalah.
Lokasi restoran ini di Jalan Perusahaan Sungai Lokan 3, Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Khamis pada 6 petang hingga 12 pagi. Jika anda ada pertanyaan boleh atau ingin menempah boleh hubungi: 019-5008222.
FACEBOOK PAGE: https://ms-my.facebook.com/AdriannaIkanBakarSgDua/
4. CHAR KOEW TEAW ADEK’S – MAKAN MALAM
Nak makan Char Kuey Teow yang sedap tapi tak tahu dekat mana? Char Koew Teaw adalah tempat untuk korang. Dikatakan dekat sini, mereka menyediakan Char Kuey Teow yang mantap, rasa padu dan paling penting, harga sangatlah murah. Jadi bagi korang yang nak datang melepak, bolehlah singgah dekat sini, Mesti korang repeat punyalah.
Lokasi Char Koew Teaw Adek’s di 2187, Jalan Sungai Nyior, Kampung Nyiur, 12100 BUTTERWORTH, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari hingga 12 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi: 016-4812678.
5. BRO’S BURGER & WESTERN – MAKAN MALAM
Lapar makanan Western pada waktu malam? Korang boleh singgah di Bro’s Burger & Western. Restoran ini merupakan salah satu restoran yang popular disini. Dikatakan semua makanan yang disajikan sangat sedap dan portion pun banyak. Bagi korang yang nak lepak bersama-sama rakan, bolehlah singgah kesini. Pasti korang akan puas hati punya.
Lokasi Bro’s Burger & Western ini di 4478, Jalan Bagan Luar, Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 5 hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 018-9474824.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/thebrosburgerr/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Butterworth ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Butterworth, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!