13 Tempat Makan Malam Best di Cameron Highlands, Pahang | Sebut saja Cameron Highlands pasti ramai yang sudah tahu Cameron ini terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan best di Malaysia. Bukan setakat tu je, dekat sini juga mempunyai tempat makan best yang anda perlu cuba.
Korang lapar tapi tak tahu nak makan mana dan apa? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh kunjungi di Cameron Highlands, Pahang.
1. RESTORAN HIGLANDS TOMYAM – MAKAN MALAM
Bagi korang yang suka makan malam dengan portion yang besar dan sedap, korang kena ke Restoran Highlands Tomyam. Kalau korang nak tahu, dekat sini terdapat pelbagai jenis hidangan yang ditawarkan. Antaranya seperti Tomyam, Steam Fish, Sup Tulang, Kailan Ikan Masin dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punyalah kerana harga dan perkhidmatan disini cukup mantap. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang makan malam bersama seisi keluarga.
Lokasi Restoran Highlands Tomyam ini di JALAN PEKAN LAMA, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang dan dibuka setiap hari pada 7 pagi hingga 11 pagi dan dibuka semula pada 5 petang hingga 12:30 tengah malam.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoranhighlandstomyam/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@restoranhighlandstomyam
2. RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON STEAMBOT & GRILL – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan something bergrill dan steambot? Korang kena singgah di Restoran Taman Apple Cameron Steambot & Grill. Restoran adalah salah satu restoran yang popular di daerah ini. Dekat sini, korang boleh dapatkan bermacam-macam jenis hidangan dengan harga yang berpatutan. Korang pasti akan rambang mata punyalah. Jadi, jangan segan silu untuk makan bersama keluarga di restoran ini. Selamat mencuba!
Lokasi restoran ini di 891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang dan dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-2250315.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tamanapplecameron/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/tamanapplecameron/
3. DE KAYANGAN STEAMBOT & GRILL – MAKAN MALAM
Restoran steambot dah crowded? Jangan risau, korang boleh ke De Kayangan Steambot & Grill. Restoran ini adalah salah satu hidden gem yang masih ramai tak tahu lagi. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis lauk yang korang boleh cuba. Sememangnya padu. Korang pasti akan menjilat jari punyalah.
Lokasi ini di Lot B3-28-G, Brinchang Square, Jalan Besar, 39000 Brinchang, Pahang dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-4374311.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dekayangansteamboatandgrill/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dkayangansteamboat/
4. PIZZARELLA – MAKAN MALAM
Korang teringin nak makan pizza yang sedap tapi tak tahu kat mana? Korang boleh ke Pizarella. Untuk pengetahuan korang, Pizzarella adalah salah satu restoran yang menghidangkan Pizza terbaik disini. Bukan setakat tu je tau, korang juga boleh dapatkan makanan Jepun, Korea dan Western disini. Sememangnya mantap. Korang pasti akan gembira punyalah sebab portion, harga, perkhidmatan disini sangat berbaloi dan baik. Jadi, tunggu apa lagi selamat mencuba!
Lokasi Pizzarella ini di Cameron Fair, C-G-9, Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang dan dibuka pada Jumaat hingga Ahad pada 12 tengah hari hingga 9:30 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Pizzarella.ch/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/pizzarella.ch/
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Cameron Highlands ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Cameron Highlands, Pahang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!