13 Tempat Makan Malam Best di Jasin, Melaka | Jasin, Melaka, terletak di bahagian utara negeri dan dikenali dengan kepelbagaian etnik Melayu, Cina dan India. Jasin ini mempunyai banyak tapak sejarah seperti Teratak Perpatih Nan Sebatang dan kawasan rekreasii yang menarik. Bukan setakat itu, Jasini ini juga mempunyai tempat makan malam yang best untuk dikunjungi.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Jasin, Melaka ini.

 

1. CAFE MARKISA – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan suasana yang tenang? Korang boleh ke Cafe Markisa ini. Cafe Markisa adalah sebuah hidden gem yang popular dimana mereka menghidangkan makanan Local dan Western. Korang mesti terpegun akan keunikkannya nanti kerana restoran ini dihiasi dengan hiasan yang cantik, sedap mata memandang dan boleh menenangkan fikiran. Bukan setakat itu saja, dekat sini korang boleh pilihan bermacam macam jenis hidangan. Antaranya seperti Chicken Chop, Chicken Grill, Lamb Grill, Buttermilk Cili Padi, Goreng Kunyit dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya kerana harga yang ditawarkan pun sangatlah mampu milik.

Lokasi Cafe Markisa ini di Kem Lambaian Danau, Kampung Chinchin, 77000 Jasin, Malacca dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 10:30 pagi hingga 10:30 petang. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-4682498.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/cafe.markisa/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Cafe-Markisa-100050950194783/

 

2. RESTORAN NASI KUKUS SALLIMMA – MAKAN MALAM

Korang craving Nasi Kukus? Jangan risau, korang boleh kunjung ke Restoran Nasi Kukus Sallima ini. Untuk pengetahuan korang, restoran ini salah satu restoran yang terbaik dalam menghidangkan Nasi Kukus. Dikatakan aroma ayam yang memikat dan kepanasan nasi pasti akan buatkan korang terpesona. Rata-rata pelanggan yang kunjung disini sangat lah berpuas hati dengan hidangannya. Korang tak percaya? Cubalah rasai disini.

Lokasi restoran ini di JC 1863, Bandar Jasin Bestari Seksyen 2, 77200, Melaka dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 12 tengah hari hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-4682498.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kukussallimna/

 

3. KAS BERIANI JASIN – MAKAN MALAM

Tiba-tiba tekak rasa nak makan Nasi Beriani tapi tak tahu tak dekat mana? Korang boleh cuba makan di Kas Beriani Jasin ini. Dekat sini, mereka menyediakan Nasi Beriani dengan pelbagai jenis lauk pauk yang korang boleh cuba. Korang pasti akan menjilat jari kesedapan punya lah kerana mereka menghidangkan nasi secara panas dan lauk pauk yang sangat juicy, lembut dengan gravy yang cukup sempurna. Memang berbaloi dengan harga lah orang kata. Bukan setakat sedap tetapi portion yang ditawarkan pun sangat banyak. Memang sesuai untuk big eater. Memang puas! Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di 1847, Jln Bestari 5, 77200 Bemban, Malacca dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-2099027. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/BKHsalleh/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Jasin ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kepong ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply