13 Tempat Makan Malam Best di Kepala Batas, Pulau Pinang | Kepala Batas, sebuah bandar yang berada di utara negeri Pulau Pinang. Walaupun Kepala Batas ini juga ada di negeri Kedah tetapi Kepala Batas di Pulau Pinang ini berbeza kerana ia amatlah popular dengan banyak pusat pengajian seperti Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Uninversiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Bertam dan banyak lagi.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Kepala Batas Pulau Pinang.
1. BIGBOB CAFE BERTAM – MAKAN MALAM
Korang craving makanan Western? Jangan risau, korang boleh ke BigBob Cafe Bertam. Kalau korang nak tahu dekat sini terdapat banyak menu makanan Western yang korang boleh pilih seperti Crispy Chicken Burger, BBQ Chicken Quesadilla, French Fries, BigBob Chicken Milanese dan banyak lagi. Korang pasti suka sebab portion disini sangat banyak dan juga berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, restoran ini amatlah sesuai untuk seisi keluarga dan rakan-rakan untuk makan bersama.
Lokasi kafe ini di 111, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 4 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-4447533.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/bigbobcafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/bigbobcafe/
2. D’FIESHA LICIOUS STEAMBOAT & GRILL – MAKAN MALAM
Nak makan steamboat tapi tak tahu dekat mana yang best? D’Fiesha Licious Steamboat & Grill adalah jawapannya. Restoran ini amatlah popular sehingga mendapat rating yang tertinggi di dalam Google. Dekat sini, terdapat pelbagai hidangan yang korang boleh pilih seperti ayam, ikan, ketam, sotong, udang dan banyak lagi. Sememangnya segar, lembut dan sangatlah juicy bila dimakan. Restoran ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga dan rakan-rakan makan bersama. Memang korang akan puas hati punyalah.
Lokasi restoran ini di No.11,11A,15&17, 12, Jalan Dagangan 3, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa dan Rabu pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-4524004.
3. RESTORAN MUHAMMAD LOH – MAKAN MALAM
Korang nak cuba masakan Cina yang halal tapi tak tahu dekat mana? Korang boleh singgah di Restoran Muhammad Loh. Restoran ini amatlah popular dengan menghidangkan masakan Cina dengan rasa asli. Antara menu popular yang korang boleh cuba disini ialah Ayam Telur Masin bersama Nasi Putih. Korang pasti akan terpikat dengan aromanya. Restoran ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga makan bersama. Selamat mencuba!
Lokasi restoran ini di 7-G, Jalan Dagangan, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 12:45 tengahari hingga 10 malam dan Jumaat dibuka pada 3:45 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 04-5264243.
FACEBOOK PAGE: https://ms-my.facebook.com/muhamad.loh.restaurant/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoranmuhamadloh/
4. RESTORAN MEE SOTONG – MAKAN MALAM
Suka masakan Mee? Korang kena singgah di Restoran Mee Sotong ini. Kalau korang nak tahu, restoran ini adalah restoran yang terbaik yang ada di Kepala Batas dengan hidangan Mee. Dikatakan Mee disini sangat menyelerakan dan juga flavour tau. Korang mesti akan terpukau dengan kesedapan sehingga tidak boleh berkata apa-apa punyalah. Antara menu yang menjadi pilihan utama disini ialah Mee Goreng Sotong. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi restoran ini di 748, P5, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 10:45 pagi hingga 10 malam.
5. NASI ARAB KEPALA BATAS – MAKAN MALAM
Korang craving Nasi Kandar pada waktu malam? Korang kena singgah di Nasi Arab Kepala Batas. Nama sahaja Nasi Arab tapi sebenarnya restoran ini amat popular dengan hidangan, Nasi Kandar. Dikatakan Nasi Kandar disini adalah antara terbaik yang ada di Kepala Batas, Pulau Pinang dengan pelbagai pilihan kuah yang sedap, nasi yang lembut dan ayam goreng yang rangup. Dari segi harga dan portion pula amatlah berpatutan dan banyak. Korang pasti takkan menyesal punyalah.
Lokasi Nasi Arab ini di 17, Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 11 pagi hingga 3 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-5719400.
6. KERANG BERAPI – MAKAN MALAM
Korang suka makan makanan laut yang pedas hingga terasa di kepala? Korang cuba datang ke Kerang Berapi. Restoran ini menghidangkan makanan laut yang padu. Antara menu istimewa yang disini ialah Kerang Berapi. Pasti korang akan puas hati dengan kesegaran kerang dan kepedasannya. Selain itu, restoran ini juga ada menyediakan pelbagai jenis masakan Local, Barat dan Thai yang sememangnya sedap seperti Siakap Stim Limau, Kangkung Kungfu dan Tomyam Seafood. Pasti korang akan kesedapan.
Lokasi restoran ini di 2747, Jln Arumugam Pillai, Kampung Banggul, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 4 petang hingga 2:30 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-5259826.
Sekarang ni, kami hanya jumpa enam tempat makan malam terbaik di daerah Kepala Batas ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kepala Batas, Pulau Pinang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!