13 Tempat Makan Malam Best di Miri, Sarawak | Miri adalah sebuah bandar di Sarawak, Malaysia yang berada di pantai utara pulau Borneo. Miri ini adalah bandar kedua terbesar dan juga merupakan pusat ekonomi utama di wilayah timur laut Borneo ini. Penduduk Miri adalah campuran pelbagai etnik dan budaya. Jadi tidak hairan lah kenapa disini mereka mempunyai makanan tempatan yang sedap-sedap.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Miri, Sarawak ini.

 

1. RESTORAN AYAM PENYET RIA – MAKAN MALAM

Dah jemu makanan Local dan ingin cuba makan makanan Nusantara? Korang boleh ke Restoran Ayam Penyet Ria ini. Restoran Ayam Penyet Ria adalah salah satu restoran yang cukup popular di Miri, Sarawak. Dikatakan dekat sini, mereka menghidangkan bermacam jenis hidangan Nusantara yang korang boleh cuba. Antaranya ialah Kulit Ayam Krispi, Nasi Uduk IGA, Sambal Pedas Berapi Sedap Bangat, Ayam Penyet Ria, Nasi Ayam Bakar Penyet, Gado Gado dan banyak lagi. Korang pasti akan gembira punya dengan kualiti makanan yang dihidangkan. Memang padu! Bukan setakat itu sahaja, harga yang ditawarkan pun sangatlah berpatutan. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Lot 1326, Groundfloor , Block 9 MCLD, Miri Waterfront Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 085-425222.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ayampenyetriamiri/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/apria_miri/

 

2. TUK TUK THAI BOAT NOODLE, PERMAISURI MALL MIRI – MAKAN MALAM

Korang penggemar Tomyam? Korang boleh cuba makan di Tuk Tuk Thai Boat Noodle ini. Dekat sini, Tomyam adalah salah satu menu yang disyorkan oleh pelanggan disini kerana mereka menghidangkan bersama kapal kecil Mee. Tomyam disini agak pedas yang seimbang dengan kepekatannya. Selain Tomyam, mereka juga ada menyediakan Sup Daging yang boleh membuatkan korang terpukau. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi restoran ini di GROUND FLOOR, PERMAISURI IMPERIAL CITY MALL, Jalan Merpati, 98000 Miri, Sarawak dan dibuka pada 10 pagi hingga 9:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 085-425882.

 

3. WARUNG PUTERI RESTAURANT – MAKAN MALAM

Korang lapar? Jangan risau, korang boleh ke Warung Puteri Restaurant ini. Warung Puteri Restaurant adalah sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis hidangan tempatan. Antara menu yang korang boleh pesan ialah Ayam Goreng, Satay, Nasi Goreng, Nasi Ayam, Nasi Campur dan banyak lagi. Memang puas lah makan sebab portion disini sangat lah banyak. Memang sesuai untuk seorang big eater. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Warung Puteri ini di 98000 Miri, Sarawak dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 8 pagi hingga 1:30 pagi.

 

4. 3 BERADIK GEMOK KITCHEN – MAKAN MALAM

Korang buntu nak makan apa? Jangan risau, korang boleh ke 3 Beradik Gemok Kitchen ini. Kalau korang nak tahu, 3 Beradik Gemok Kitchen ini adalah salah satu restoran yang wajib singgah di Miri ini. Apa yang menarik adalah makanan yang mereka hidangkan sangat lah berkualiti dan juga sedap. Kalau korang ada disini, korang boleh cuba Daging Goreng Berempah, Mee Kolok Kambing Bakar, Mee Kolok Daging Hitam dan Ayam Bakar Gula Pong. Memang padu lah orang kata. Harga pun sangat lah berbaloi dengan portion yang ditawarkan. Korang tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya. Korang mesti akan repeat punya lah.

Lokasi ini di Jalan Brooke, Miri Handicraft Centre, 98000 Miri, Sarawak dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 10 pagi hingga 2:30 petang dan dibuka semula pada 5:30 petang hingga 10:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-8973899.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/3BeradikGemok-MIRI-3BG-100062609090888/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Miri ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Miri ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply