13 Tempat Makan Malam Best di Sibu, Sarawak | Sibu adalah sebuah bandar di negeri Sarawak, Malaysia. Bandar ini adalah salah satu bandar terbesar di Sarawak dan merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Sibu. Bandar ini amatlah popular sebagai pusat ekonomi utama seperti industri perusahaan kayu, perdagangan serta perkapalan. Bukan itu saja, Sibu juga popular dengan pelbagai tempat makan yang menarik untuk dikunjungi.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Sibu, Sarawak ini.

 

1. BABAQUE LOK LOK BUFFET – MAKAN MALAM

Korang craving Steamboat tapi tak tahu dekat mana yang best? Korang boleh ke BabaQue Lok Lok Buffet ini. Pasti korang akan suka punya kerana dekat sini, terdapat bermacam jenis hidangan yang korang boleh cuba. Pasti akan rambang mata punyalah. Bukan setakat tu saja, kualiti makanan disini cukup baik. Memang puas hati la makan. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Lorong Pahlawan 6, Jalan Pahlawan, 96000 Sibu, Sarawak dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 10:30 malam.  Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 084-256808.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/BabaQueLOKLOKBuffet.Sibu/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/babaque_loklok_buffet/

 

2. WOW WOW WEST SIBU – MAKAN MALAM

Tiba-tiba tekak rasa nak makanan Western? Jangan risau, masalah itu boleh diselesaikan di Wow Wow West Sibu ini. Kalau korang nak tahu, Wow Wow West Sibu adalah sebuah restoran yang cukup popular di Sibu ini. Apa yang menarik disini ialah kesemua hidangan disini sangatlah sedap sehingga mampu buatkan korang terliur. Antara menu yang ada ialah Hawaiian Pizza, Plum Sauce Chicken, Spicy Korean Chicken, Fish Fillet, Cheesy Chicken Rice, Butter Chicken Rice dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati punya lagi lagi kalau korang seorang big eater. Selamat mencuba!

Lokasi Wow Wow West ini di 24 & 26, Jalan Tunku Abdul Rahman, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak dan dibuka pada 11 pagi hingga 9 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-6639982.

3. CABE IJO – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Sibu, korang kena cuba singgah di Cabe Ijo ini. Untuk pengetahuan korang, Cabe Ijo adalah sebuah restoran yang popular dalam kalangan penduduk disini.Terdapat bermacam macam jenis hidangan yang mereka tawarkan. Antaranya ialah Lalapan Ayam Madu, Ayam Penyet, Nasi Lalapan Ayam Gurih dan banyak lagi. Korang pasti suka punya kerana harga sangatlah mampu milik dan berbaloi. Tak percaya? Cubalah rasai pengalamannya sendiri.

Lokasi restoran ini di Lorong Kuda 2, 71 & 73, Jln Kuda, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak dan dibuka setiap hari kecuali 11 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-8991395.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/cabeijo.sibu/

INSTAGRAM PAGE: https://www.facebook.com/cabeijo.sibu/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Batu Pahat ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Ayer Hitam ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply