13 Tempat Makan Malam Best di Mukah, Sarawak | Mukah, sebuah bandar di negeri Sarawak, Malaysia. Mukah ini adalah ibu kota bagi daerah Mukah dan terletak di sepanjang Pantai Laut China Selatan di wilayah pantai barat Sarawak. Bandar ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang boleh untuk dikunjungi.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Mukah, Sarawak ini.

 

1. MEMEY’S KITCHEN HUT – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan suasana yang menenangkan? Korang boleh ke Memey’s Kitchen Hut ini. Memey Kitchen Hut adalah salah satu restoran terbaik dalam menghidangkan hidangan makanan laut.  Dekat sini, korang boleh dapat banyak jenis makanan laut. Antaranya Ikan, Ketam, Sotong, Udang dan banyak lagi. Korang pasti akan suka tambah tambah lagi segar dan lembut apabila dimakan. Harga hidangan disini cukup mampu milik dan amatlah sesuai  untuk seisi keluarga atau rakan-rakan makan bersama.

Lokasi ini di Jalan Bunga Raya, 96400 Mukah, Sarawak dan dibuka setiap hari kecuali Khamis pada 3 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-5751195.

 

2. HANNAH KITCHEN – MAKAN MALAM

Craving makanan Western? Korang boleh ke Hannah Kitchen ini. Dekat Hannah Kitchen, pelbagai hidangan yang korang boleh cuba. Antaranya ialah Pasta Bolognese, Ayam Talam, Lamb Chop, Chicken Chop dan banyak lagi. Restoran ini amatlah sesuai bagi korang yang inginkan makan malam bersama rakan-rakan korang kerana suasana disini sangat cantik. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Hannah Kitchen ini di 16, Jln Petanak, Kampung Kuala Lama, 96400 Mukah, Sarawak dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5:30 petang hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-31710464.

 

3. SUGARBUN – MAKAN MALAM

Korang lapar tapi tak tahu nak makan apa? Jangan risau korang boleh ke Sugarbun ini. Dekat sini, mereka menyediakan hidangan seperti Nasi, Burger, Pasta, Ayam Goreng dan banyak lagi. Kalau korang suka makan fast food, ini adalah salah satu alternatif untuk korang. Takut harga mahal? Harga disini sangatlah mampu milik dan berbaloi dengan saiz hidangan. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Mukah New Township, 96400 Mukah, Sarawak dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 084-873733.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Mukah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Mukah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply