13 Tempat Makan Malam Best di Pekan, Pahang | Pekan adalah sebuah bandar yang berada di daerah Pekan. Bandar ini dikenali sebagai Bandar Diraja yang sangatlah popular sehingga hari ini. Untuk pengetahuan korang, Pekan merupakan ibu negeri bagi Pahang pada suatu ketika dahulu.

Korang lapar tapi tak tahu nak mana apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang ada di Pekan, Pahang ini.

 

1. RESTORAN SUMPIT-SUMPIT – MAKAN MALAM

Korang craving nak makan makanan Indonesia? Jangan risau, korang boleh pergi ke Restoran Sumpit-Sumpit ini. Kalau korang nak tahu, Restoran Sumpit-Sumpit adalah sebuah restoran yang menghidangkan masakan Indonesia yang padu. Kebanyakkan pelanggan disini sangatlah berpuas hati dengan harga, portion dan perkhidmatan yang ditawarkan. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang inginkan makan malam dengan suasana tenang. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Lokasi ini di Lot 2204, Kampung Tanah Puteh, 26600 Pekan, Pahang dan dibuka pada setiap hari pada 11 pagi hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 010-2206882.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nipahenterprise/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoransumpitsumpit/

 

2. MURTABAK MENGKASAR – MAKAN MALAM

Bagi korang yang suka makan murtabak, korang kena singgah di Murtabak Mengkasar. Dekat sini mereka ada menyediakan pelbagai jenis Murtabak seperti Murtabak Special, Murtabak Daging dan Murtabak Ayam. Apa yang menarik, portion hidangan sangatlah besar dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Korang pasti suka punyalah.

Lokasi Murtabak Mengkasar ini di Kampung Mengkasar, 26600 Pekan, Pahang dan dibuka pada 3 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 012-9514668. 

 

3. WARISAN SATEY MARTO PADANG POLO – MAKAN MALAM

Nak cari hidangan Satay yang padu tapi tak tahu dekat mana? Korang kena singgah di Warisan Satey Marto Padang Polo. Korang pasti akan suka punya sebab Satay disini sangatlah juicy, tender dan besar tau. Dekat sini terdapat dua jenis pilihan Satay iaitu Ayam dan Daging. Memang korang akan puas hati punyalah. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di 405B, Kampung Padang Polo, 26600 Pekan, Pahang dan dibuka pada setiap hari kecuali Khamis pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 011-25823065.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/sataymartopadangpolo/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Pekan ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Pekan, Pahang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply