13 Tempat Makan Malam Best di Petaling Jaya, Selangor | Petaling Jaya atau PJ adalah sebuah bandar raya dan bandar terbesar di negeri Selangor, Malaysia. Bandar ini sangat popular sebagai salah satu destinasi pelancongan tidak kira pelancong luar ataupun dalam.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan mana dan apa? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best yang boleh anda cuba di Petaling Jaya, Selangor ini.
1. RESTORAN CHILI’S CRAB SEAFOOD – MAKAN MALAM
Korang suka seafood tapi tak tahu dekat mana yang best? Jangan risau, segala persoalan korang akan terjawab di Restoran Chili’s Crab Seafood ini. Kalau korang nak tahu, dekat sini terdapat pelbagai jenis hidangan seafood yang korang cuba seperti Ketam, Udang, Sotong, Ikan dan banyak lagi. Korang pasti akan menjilat jari punya. Rata-rata pelanggan disini sangat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, perkhidmatan dan suasana disini. Kalau korang ada disini, korang boleh cuba Mantaou Bread, Butter Cheese Crab, Salted Egg Squid, Siakap 3 Rasa dan Kam Heong Chicken. Selamat mencuba!
Lokasi Restoran Chili’s Crab Seafood ini di 26-1 jalan pju 5/9, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya., Petaling Jaya, Malaysia dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 12 tengah hari hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-242 4200 atau e-mel ke [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/chilliscrabrestaurant/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/chilliscrabrestoran/
2. NASI LEMAK PANAS – MAKAN MALAM
Craving Nasi Lemak pada waktu malam tapi tak tahu dekat mana? Korang boleh singgah di Nasi Lemak Panas. Nasi Lemak Panas adalah salah satu restoran terbaik menghidangkan Nasi Lemak di daerah Petaling ini. Dikatakan Nasi Lemak disini dihidangkan secara panas dan cepat, sambalnya pekat dan pedas yang memikat, pelbagai lauk samping boleh dipilih seperti Telur, Ayam Goreng dan banyak lagi. Korang pasti akan menjilat jari punya. Tak percaya? Cubalah rasainya.
Lokasi ini di No 2, Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor dan dibuka setiap hari pada 7 pagi hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-3854541.
3. SKOHNS CANTEEN – MAKAN MALAM
Walaupun restoran ini kelihatan biasa tapi sebenarnya luar biasa. Skohns Canteen adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan Western dan Local juga. Untuk pengetahuan korang, tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau rakan-rakan kerana perkhidmatan disini sungguh wholesome. Terdapat banyak jenis hidangan yang korang boleh pilih. Antaranya ialah Chessy Nachos, Grilled Chicken Chop, Deep Fried Chicken Chop, Double Cheese Burger, White Chick dan banyak lagi. Korang pasti akan terpegun punya. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!
Lokasi ini di The Place, G-13, Jalan PJU 8/5g, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor dan dibuka setiap hari pada 8:30 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-77324116.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/skohnscanteen/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/skohnscanteen/
4. SHELL OUT KOTA DAMANSARA – MAKAN MALAM
Tiba-tiba nak makan shell out? Korang boleh ke Shell Out Kota Damansara ini. Kalau korang nak tahu, Shell Out Kota Damansara adalah salah satu restoran Shell Out terbaik di daerah Petaling ini. Restoran ini mendapat review yang positif terhadap makanan yang dihidangkan. Sememangnya segar, juicy dan lembut. Bagi korang yang ingin makan bersama keluarga, restoran ini adalah restoran terbaik untuk korang. Korang takkan menyesal punya. Jadi, selamat mencuba.
Lokasi ini di 16-1, Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor dan dibuka setiap hari pada 11:30 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-4184616.
BUSINESS PAGE: https://shellout.com.my/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/theshellout/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/shellout/
5. LAU WAN KUETIAU GORENG – MAKAN MALAM
Kalau korang dekat sini dan craving Char Kuey Teow? Korang boleh pergi ke Lau Wan KueTiau Goreng ini. Dikatakan Char Kuey Teow disini sangat sedap dan terbaik yang ada di daerah Petaling. Rata-rata pelanggan sangat suka kerana rasanya masih dikekalkan sejak dulu lagi. Dekat sini, korang boleh dapatkan pelbagai jenis Char Kuey Teow seperti Char Kway Teow Special, Kuey Teow Goreng dan banyak lagi. Harga ditawarkan pun sangatlah berbaloi dengan portion yang dihidangkan. Korang pasti akan gembira punya.
Lokasi Lau Wan Kuetiau Goreng ini di Selera Wawasan, 13, Jln. SS 3/33, Taman Universiti, 47300 Petaling Jaya, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 4 petang hingga 9:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-6614907.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LauWanKuetiauGoreng/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lauwanktg/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Petaling ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Petaling, Selangor. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!