13 Tempat Makan Malam Best di Rembau, Negeri Sembilan | Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang berada di bahagian selatan bersempadan dengan negeri Melaka. Walaupun Rembau ini kecil berbanding daerah yang lain tapi siapa sangka, Rembau ini juga kaya dengan alam sekitar yang menenangkan.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Rembau, Negeri Sembilan ini.

 

1. RESTORAN IKAN BAKAR SUNGAI REMBAU – MAKAN MALAM

Korang inginkan makan malam dengan suasana yang selesa? Korang boleh ke Restoran Ikan Bakar Sungai Rembau. Restoran ini adalah sebuah restoran dimana korang boleh dapatkan bermacam macam jenis makanan laut disini. Sememangnya segar, juicy dan sedap! Antara menu yang korang boleh cuba ialah Sotong Goreng Tepung, Ikan Siakap 3 Rasa, Buttermilk Squid & Crab, Asam Pedas dan banyak lagi. Kalau korang nak makan bersama keluarga, korang boleh kunjungi ke sini. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Restoran Ikan Bakar Sungai Rembau, Jln Seremban – Tampin, 71300 Rembau, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 6 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 06-6852221.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/SungaiRembauIkanBakar/

 

2. REZOLINE SATAY AND GRILL KG BONGEK – MAKAN MALAM

Korang craving Satay tapi tak tahu dekat mana yang best? Korang boleh ke Rezoline Satay and Grill KG Bongek ini. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis satay dan makanan Western yang lazat. Korang pasti akan suka punya kerana saiz satay disini cukup besar dan lembut apabila dikunyah. Memang best lah orang kata. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi Rezoline Satay and Grill ini di Batu 20, Kampung, 71300 Rembau, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5 petang hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-3117954. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Rezolinesatay/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rezoline_satay/

 

3. GRILL BOX EMPIRE – MAKAN MALAM

Korang ingin makan malam bersama keluarga atau kawan? Jangan risau, korang boleh ke Grill Box Empire ini. Grill Box Empire ini adalah salah satu restoran terbaik di Rembau ini. Dikatakan disini mempunyai pelbagai jenis makanan Western yang korang boleh dapatkan. Antaranya ialah Fish and Chips, Grilled Chicken, Grilled Lamb Chop, Fried Chicken Chop dan banyak lagi. Dahlah sedap, harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi. Jadi, memang sesuailah untuk makan bersama keluarga. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Grill Box Empire ini terletak di H3QX+QR6, 71300 Rembau, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 5 petang hingga 12:30 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-4730738.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Rembau ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Rembau ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply