13 Tempat Makan Malam Best di Sandakan, Sabah | Sandakan adalah salah sebuah bandaraya utama di Sabah dan ianya adalah bandar kedua terbesar. Sandakan bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana disini mempunyai banyak tempat tarikan pelancongan dan juga tempat makan best untuk dikunjungi.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh cuba di Sandakan, Sabah ini.

 

1. STESEN IKAN BAKAR LEGEND – MAKAN MALAM

Korang craving nak makan Ikan Bakar tapi tak tahu dekat mana yang best? Korang boleh ke Stesen Ikan Bakar Legend.  Kalau korang nak tahu, Stesen Ikan Bakar Legend mempunyai resepi Ikan Bakar original yang terbaik di bandar ini. Dikatakan Ikan Bakar disini sangat lah segar ditambah pula dengan sos dan cicahan yang istimewa. Memang korang akan menjilat jari kesedapan punya lah. Bukan setakat itu sahaja, tempat ini juga sangat lah bersih dan harga yang ditawarkan pun sangat lah berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lorong Grandview 3, 90000 Sandakan, Sabah dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam.   Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-15777816.

BUSINESS PAGE: https://cili.my/stesen-ikan-bakar-legend/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/BestGrillFishInTown/

 

2. ZAKARIA CURRY HOUSE TAMAN AIRPORT – MAKAN MALAM

Nak melepak bersama kawan? Korang boleh ke Zakaria Curry House Taman Airport. Zakaria Curry House Taman Airport adalah sebuah restoran Indian Muslim. Dekat sini, mereka menyediakan bermacam macam jenis hidangan. Antaranya ialah  Mee Mamak, Nasi Goreng, Roti Telur, Roti Canai, Tosai, Kari Ikan dan banyak lagi. Pasti korang akan repeat punyalah. Harga pun mampu milik.

Lokasi Zakaria ini di  90000 Sandakan, Sabah dan dibuka pada 6 pagi hingga 10 malam.  

 

3. UP CASE CAFE SANDAKAN IJM – MAKAN MALAM

Tiba-tiba tekak terasa nak makan makanan Western? Up Case Cafe Sandakan IJM adalah tempat untuk korang. Up Case Cafe adalah sebuh kafe halal yang menghidangkan banyak jenis makanan Western seperti Chicken Cordon Bleu, Chocolate Cheese Frappe with Boba, Creamy Chocolaty with Soft-Chewy Boba, Fries with Nacho Cheese dan banyak lagi. Suasana disini cukup tenang ditambah pula dengan hiasan dalaman yang estetik. Kafe ini amat lah sesuai untuk korang yang suka berootd ataupun berbual-bual bersama kawan.

Lokasi kafe ini di 90000 Sandakan, Sabah dan dibuka setiap hari kecuali Selasa. Khamis dibuka pada 5  petang hingga 10:30 manakala Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad dibuka pada 11 pagi hingga 10:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-3594778.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/upcasecafe/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/upcase.cafe/

 

4. SANDOKAN SEAFOOD RESTAURANT – MAKAN MALAM

Nak makan makanan laut tapi tak tahu dekat mana yang best? Jangan risau, korang boleh ke Sandokan Seafood Restaurant ini. Kalau korang nak tahu, Sandokan Seafood Restaurant adalah salah satu port terbaik yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang ingin makan makanan laut. Dikatakan setiap makanan laut disini sangat lah segar, juicy dan apa yang paling penting, sedap dimakan. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Siakap Stim, Fish Belly Soup, Dried Butter Prawn, Ikan Merah Masak Tiga Rasa dan banyak lagi. Korang pasti akan menambah punyalah. Korang tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi Sandokan ini di No. 197, Lot 3, Taman Pak Tak, Jalan Airport, 90000 Sandakan, Sabah dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 089-667177.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/sandokansr/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Sandakan ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Sandakan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply