13 Tempat Makan Malam Best di Semporna, Sabah | Semporna adalah sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Semporna ini amatlah popular dengan keindahan alam bawah lautnya yang menakjubkan. Sebagai tempat yang popular dalam kalangan penyelam, bandar ini juga ada menwarkan pelbagai tempat makan yang menarik untuk dikunjungi. Restoran  dan gerai makanan di sekitar bandar sering menawarkan hidangan laut yang segar dan juga cicipan hidangan tempatan Sabah yang lazat.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami, Khalifah Media Networks bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh kunjung di Semporna, Sabah ini.

 

1. BURGER MK. DIIN – MAKAN MALAM

Korang penggemar sejati Burger? Korang wajib singgah di Burger Mk. Diin ini. Pasti korang suka punya. Dikatakan Burger MK. Diin adalah salah satu port terbaik bagi penggemar Burger di kawasan Semporna ini. Setiap gigitannya akan membuatkan korang nak makan lagi. Isi dagingnya sangatlah juicy, gravy dan lembut apabila dimakan.  Ditambah pula dengan sos yang melimpah menyedapkan lagi rasa. Memang rugi lah kalau tak cuba. Tak percaya? Korang boleh datang dan rasai sendiri pengalamannya. Takkan menyesal punya.

Lokasi Burger MK Diin ini di Kg bubul batu dua, 91308 Semporna, Sabah dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 1 petang hingga 11:30 malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Mk.Diin/

 

2. TEROWONG STREET SEMPORNA – MAKAN MALAM

Ini bukan sebarang terowong tetapi terowong yang penuh dengan syurga makanan. Terowong Street Semporna bukanlah sebuah tempat yang asing lagi dalam kalangan penduduk setempat kerana tempat ini selalu mengisi perut yang kelaparan. Pelbagai makanan yang ada disini. Semestinya akan membuatkan korang rambang mata punya. Suasana tempat ini juga dihidupkan oleh irama lagu yang mengasyikkan. Jadi, bagi korang yang nak makan bersama seisi keluarga atau ingin melepak bersama kawan, boleh singgah disini.

Lokasi ini di Terowong Street Kg cina pekan, 91300 Semporna, Sabah dan dibuka setiap hari pada 3 petang hingga 12 tengah malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Terowong-Street-Pasar-Malam-Semporna-100075521817554/

 

3. C’FU TOMYAM SEAFOOD SEMPORNA – MAKAN MALAM

Korang tercari cari Tomyam dan juga makanan laut? Korang boleh ke C’Fu Tomyam Seafood Semporna ini.  Kalau korang nak tahu, C’Fu Tomyam Seafood adalah salah satu hidden gem di Semporna ini. Dekat ini, ada banyak jenis masakan yang korang boleh dapatkan. Sekiranya korang ada disini, korang bolehlah cuba Tomyam Kelapa yang pekat rasanya, Salted Egg, Pari Bakar yang segar dan penuh dengan rasa, Ikan Bakar yang lembut dimakan dan banyak lagi. Korang pasti akan jatuh cinta punya. Restoran ini amatlah berbaloi untuk dikunjungi!

Lokasi restoran ini di Jln Bukit Sakong, 91308 Semporna, Sabah dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 9 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-8752547.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/CFu-TomYam-Delivery-100063679412791/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Semporna ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Semporna ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply