13 Tempat Makan Malam Best di Seremban, Negeri Sembilan | Seremban: Soghomban; Somban adalah sebuah bandar raya yang terletak di Negeri Sembilan. Bandar ini adalah ibu negeri bagi Negeri Sembilan. Bandar ini amatlah popular ini destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi oleh orang ramai.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Seremban, Negeri Sembilan ini.

 

1. NASI ARAB DAMSYIK SDN BHD – MAKAN MALAM

Korang dah jemu makanan Local dan teringin nak makan makanan Arab? Korang boleh ke Nasi Arab Damsyik Sdn Bhd ini. Dekat sini, mereka menyediakan banyak hidangan yang korang boleh cuba seperti Nasi Mandi with Chicken and Lamb, Nasi Arabb Damsyek dan banyak lagi. Korang mesti akan puas hati punya lah. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di 9-1, Jalan Cattleya 2, PERSADA CATTLEYA, 70450 Seremban, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-9335495.

 

2. MEE UDANG PAKAR PAROI KAK ZATY N0.1 N9 – MAKAN MALAM

Korang penggemar Mee dan juga Udang? Mee Udang Pakar Paroi Kak Zaty No.1 N9 adalah tempat untuk korang. Kalau korang nak tahu, restoran ini adalah sebuah restoran yang cukup popular dengan hidangan Mee Udangnya. Kesegaran udang dan juicy ditambah  pula dengan sup yang cukup rasa, menambah lagi kesedapan hidangan ini. Bukan itu sahaja, tempat ini juga sangatlah sesuai untuk korang yang ingin makan malam bersama keluarga atau kawan-kawan kerana dekat sini juga mempunyai pelbagai hidangan yang boleh cuba. Tunggu apa lagi, cubalah rasai pengalamannya.

Lokasi Mee Udang ini di KM12, Jalan Seremban Kuala Pilah, Seremban, N, 70400 Seremban, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 12 tengah hari hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-6515203.

 

3. MAJOR CAFE – MAKAN MALAM

Korang dilema nak makan apa?Jangan risau, masalah itu boleh diatasi di Major Cafe. Major Cafe adalah sebuah kafe yang terbaik untuk korang makan malam. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti makanan Local, Western, Arab, Nusantara dan banyak lagi. Korang pasti akan rambang mata punya lah. Bukan setakat itu saja, harga makanan, saiz portion, suasana dan perkhidmatan yang ditawarkan sangatlah berbaloi dan terbaik. Tak percaya? Korang boleh singgah disini.

Lokasi Major Cafe ini di 119, Jalan S2 B20, Pusat Dagangan Seremban, 2, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 11:30 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-7665856.

 

4. CITY PARK ORIENTAL SEREMBAN 2 – MAKAN MALAM

Craving makanan Chinese tapi tak takut tak halal? Jangan risau, korang boleh ke City Park Oriental Seremban 2 ini. City Park Oriental Seremban 2 ini adalah sebuah restoran Chinese Muslim yang popular di kawasan Seremban ini. Rata-rata pelanggan disini sangatlah berpuas hati dengan hidangannya. Antara menu yang mereka hidangkan adalah Fried Kueh Tiaw Cantonese Style, Dim Sum, Siakap Adam Nyonya dan banyak lagi. Korang pasti akan berpuas hati makan disini. Selamat mencuba!

Lokasi restoran ini di 101, 102, Jalan S2 D32, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 11:30 pagi hingga 2:30 petang dan dibuka semula pada 6 petang hingga  11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 06-6011987.

 

5. MEE HIRIS CHINA MUSLIM @SENAWANG – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Seremban ini, korang boleh ke Mee Hiris. Mee Hiris adalah sebuah restoran China Muslim yang menghidangkan hidangan Chinese halal. Banyak hidangan yang korang boleh cuba disini. Antaranya ialah Mee Hiris Soup with Braised Beef, Beef Dumplings, Chicken Dumplings, Mee Tarik with Beef and Fungus dan banyak lagi. Korang pasti akan suka kerana hidangan bukan saja sedap, harga, suasana dan perkhidmatan ini sangatlah mantap. Korang pasti akan kesedapan punya.

Lokasi Mee Hiris ini di No.35-G & 36-G, Jalan Tmn Komersial Senawang, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan dan dibuka setiap pada 11pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-2216531.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Seremban ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Seremban ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply