13 Tempat Makan Malam Best di Shah Alam, Selangor | Shah Alam adalah ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Shah Alam mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi bandar raya pada tahun 2000. Shah Alam ini berada berdekatan dengan bandar raya Kuala Lumpur.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan mana dan apa? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best di Shah Alam, Selangor yang korang boleh kunjungi.

 

1. AL-RAWSHA RESTAURANT – MAKAN MALAM

Sebut saja Al-Rawsha pasti ramai disini sudah tahu. Al-Rawsha bukanlah sebuah restoran yang asing disini kerana ia sangat popular dengan hidangan Middle Eastern yang padu. Restoran ini akan membuatkan korang seolah-olah berada di dalam istana kerana hiasan disini sangat cantik dan kemas. Bukan itu sahaja, restoran ini juga sangat sesuai bagi korang yang ingin makan bersama ahli keluarga atau kenalan. Memang berbaloi la orang kata, dahlah sedap, portion banyak, harga berpatutan dan perkhidmatan disini pun terbaik! Jadi selamat mencuba!

Lokasi Al-Rawsha ini di 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor dan dibuka pada setiap hari pada 10 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-55243584.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Al-Rawsha-Restaurant-Shah-Alam-100063930916565/

 

2. RESTORAN AROMA HIJRAH (SHAH ALAM) – MAKAN MALAM

Tekak korang rasa nak makan makanan Middle Eastern waktu malam? Jangan risau, korang boleh cuba makan di Restoran Aroma Hijrah (Shah Alam) ini. Restoran bukan sekadar aroma tapi aroma yang mampu memikat hati korang. Dikatakan restoran ini menyediakan hidangan Middle Eastern yang padu dengan harga yang berpatutan. Antara menu yang selalu jadi pilihan disini ialah Nasi Arab with Kambing Ayam,  Kunafa, Mandy’s Rice with Clay Grilled Lamb dan banyak lagi. Rata-rata sangat berpuas hati kerana nasinya yang sungguh lembut, daging kambing dan ayam yang lembut dan berperasa. Korang pasti akan suka punya.

Lokasi ini di 14, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor dan dibuka pada Sabtu dan Ahad pada 11:30 pagi hingga 6 petang dan dibuka semula pada 7:45 petang hingga 10 malam, Khamis dan Jumpat pada 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-5644838.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/aroma.hijrah/

 

3. MOZER’S @SHAH ALAM – MAKAN MALAM

Ha korang mesti tetanya-tanya, Mozer ini restoran apa? Kalau korang nak tahu, Mozer adalah sebuah restoran Syrian yang popular di Shah Alam. Seramai 1,819 telahreview dan rata-ratanya memberikan review yang positif terhadap hidangan, suasana dan perkhidmatan disini. Disini terdapat banyak pilihan yang korang boleh cuba,korang pasti akan rambang mata punyalah. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Chicken Shawarma Platter, Hummus with Bread, Churros Fawakee with Ice Cream, Mixed Grill Platter, Mixed Shawarma, Falafel Sandwich, Makluba Rice with Lamb, Mandy Lamb dan banyak lagi. Korang pasti akan menjilat jari kesedapan punyalah. Jadi, tunggu apa lagi.

Lokasi ini di 03-0G-01DVIDA BUSINESS CENTRE, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor dan dibuka pada setiap hari pada 11:30 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-77341783.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mozersfood/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/mozersrestaurant/

 

4. ONE SERAMBI CAFE – MAKAN MALAM

Korang nak makan malam dengan rasa tenang? Korang boleh ke One Serambi Cafe. Kalau korang nak tahu, dekat sini mereka menyediakan banyak jenis makanan Western yang sedap. Korang pasti akan ternganga punya kerana portion yang dihidangkan sangat banyak dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Makanan disini juga kena dengan citarasa tempatan. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Spaghetti Aglio Olio, Carbonara Pastachicken, Grilled Lamb Loin, Fish and Chips dan banyak lagi. Bagi korang yang ingin melepak bersama kawan, berootd dan santai, kafe ini adalah jawapannya.

Lokasi cafe ini di 1-G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 9;30 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-77347700.

BUSINESS PAGE: https://oneserambi.com/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/oneserambicafe/

 

5. STEAMBOAT BBQ BUFFET D’KAYANGAN – MAKAN MALAM

Tiba-tiba rasa macam nak makan steamboat? Korang boleh cuba di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan ini. Kalau korang nak tahu, restoran ini adalah salah satu restoran terbaik dalam Steamboat. Berbagai jenis hidangan yang korang boleh pilih daripada makanan laut, sayur-sayuran dan banyak lagi. Semuanya segar, korang pasti akan puas hati punya. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan dan perkhidmatan disini cukup baik. Bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau rakan-rakan, bolehlah cuba disini.

Lokasi Steammboat ini di Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor dan dibuka setiap hari, Ahad pada 11:30 hingga 11 malam, Isnin hingga Jumaat pada 4 petang hingga 10:30 malam dan Sabtu pada 3 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-2971091.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dkayangansteamboat/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dkayangansteamboat/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Shah Alam ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Shah Alam, Selangor. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply