13 Tempat Makan Malam Best di Subang Jaya | Subang Jaya ialah sebuah bandar raya dan juga bandar ketiga terbesar di daerah Petaling, Selangor. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana bandar ini terdapat banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti tempat makan.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan mana dan apa? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Subang Jaya, Selangor.

 

1. UPSTAIRS CAFE – MAKAN MALAM

Korang bingung nak makan dekat mana? Korang boleh cuba singgah di Upstairs Cafe ini. Kalau korang nak tahu, Upstairs Cafe ini adalah salah satu cafe terbaik yang ada disini. Korang pasti akan suka punya kerana suasana disini sangatlah cantik, tenang dan apa yang best adalah makanan memang tiptop. Dekat sini mereka menyediakan pelbagai jenis makanan Western yang lazat. Antaranya ialah Creamy Pesto with Chicken, Cheesesteak Sandwich, Mac & Cheese, Mushroom Soup dan banyak lagi. Harga dan portion yang dihidangkan sangatlah berbaloi. Jadi bagi korang yang nak berootd, boleh datang ke sini.

Lokasi kafe ini di 1st, 12A, Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaa atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-56111950.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Upstairs-Cafe-100063633664255/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/upstairscafe/

 

2. COR BLIMEY! BRITISH FISH & CHIPS – MAKAN MALAM

Tiba-tiba korang craving fish & chips? Korang wajib makan disini. Korang pasti akan repeat punya. Dikatakan Cor Blimey! British Fish & Chips adalah salah satu restoran yang terbaik menghidangkan fish & chips. Adunan disini sangatlah ringan, tidak berminyak, dimasak dengan sempurna dan lebih baik daripada kebanyakkan restoran. Kalau korang ada dekat sini, korang boleh cuba Dory Fish & Chips, Crispy Fish and Chips Platter,  Atlantic Cod, Hake, White Bait dan bermacam lagi. Korang pasti akan puas hati punyalah. Tak percaya? Cubalah rasai sekarang.

Lokasi ini di 23, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor dan dibuka pada Selasa hingga Khamis pada 5 petang hingga 10 malam dan Jumaat hingga Ahad pada 12 tengah hari pada 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-56113358.

BUSINESS PAGE: https://www.corblimeymy.com/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/corblimeySS15/

 

3. BIG SINGH CHAPATI @ SS15 SUBANG JAYA – MAKAN MALAM

Korang suka makan Chapati tapi tak tahu dekat mana yang best? Korang boleh singgah di Big Singh Chapati. Sebut saja restoran ini pasti ramai yang sudah tahu dan rekomen untuk cuba disini. Kerana perkhidmatan di Big Singh ini sangat tiptop, suasana bersih dan hidangan sungguh lazat. Korang pasti takkan menyesal punya. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Chapati, Garlic Naan, Garlic Cheese Naan, Butter Naan dan banyak lagi. Jadi selamat mencuba!

Lokasi ini di 41, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-2247129.

FACEBOOK PAGE: https://ms-my.facebook.com/bigsinghchapati/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/bigsinghchapati/

 

4. RATA RESTAURANT @ SS15 SUBANG JAYA – MAKAN MALAM

Nama saja rata tapi sebenarnya luar biasa. Rata Restaurant adalah sebuah restoran fusion yang cukup popular dalam kalangan penduduk di Subang Jaya ini. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang cukup menarik dan lazat. Korang yang melihat pasti akan terliur punya. Antara menu yang popular disini ialah Wings, Cripsy Sriracha Chicken Bao, Muutton Masala Pizza, Mutton Fried Rice dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati punya dengan harga dan portion yang ditawarkan. Cukup berbaloi!

Lokasi restoran ini di 25, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor dan dibuka setiap hari pada 11:30 pagi hingga 11 malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RATASubangJaya/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rata_subang/

 

5. JIBBY & CO – MAKAN MALAM

Satu lagi restoran Asian Fusion yang patut korang cuba ialah Jibby & Co. Korang pasti akan suka punya. Restoran ini adalah restoran yang sangat popular dengan hidangannya yang cukup memikat. Seramai 3,445, rata-ratanya memberikan feedback yang positif terhadap makanan, perkhidmatan, suasana dan banyak lagi. Kalau korang ada dekat sini, korang boleh cuba Seafood Hot Pot Stew. Salmon Pizza, Fish and Chips Dory dan banyak lagi. Bagi korang yang ingin keluar bersama keluarga atau rakan-rakan, boleh cuba singgah disini. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di GK-11, Ground Floor, Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor dan dibuka pada 8:30 pagi hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi:  03-56137070.

BUSINESS PAGE: https://seraigroup.com.my/jibby-co/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/jibbygroup/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/jibby.nco/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Petaling ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Petaling, Selangor. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply